Friday, November 13, 2009

Majlis Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kg. Baru, Kerteh 2009

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim memberi ucapan perasmian Majlis Ihtifal PASTI Ar Rahman 2009.

Pengerusi PASTI Ar Rahman, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah menyampaikan ucapan aluan sempena ihtifal.

Para tetamu yang meraikan ihtifal, dari kanan ; Wan Mohd Faisal, Ustaz Hishamuddin, Amiruddin Abdul Halim dan Ustaz Mohd Azrul

Persembahan nasyid pelajar enam tahun...lagu...'selimut putih' menyentuh perasaan tetamu/ ibubapa/penjaga yang mendengar.

Ni pulak persembahan bersajak pelajar enam tahun.

Timbunan hadiah dan cenderahati untuk pelajar cemerlang...

Sebahagian ibubapa/penjaga bersama anak kecil datang meraikan kejayaan anak...

Sedang khusuk mendengar nasyid dendangan anak berumur lima dan enam tahun...

KERTEH : PASTI Ar Rahman merupakan PASTI yang pertama berjaya mengadakan Majlis Ihtifal 2009 dalam DUN Kemasik.

Majlis Ihtifal ini bagi meraikan para pelajar, ibubapa/penjaga PASTI diadakan pada 13hb. November 2009 di PASTI Ar Rahman.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) dan Amiruddin Abdul Halim sebagai wakil Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.

Turut memberi ucapan aluan ialah Wan Mohd Faisal Wan Abdullah, Pengerusi PASTI Ar Rahman, Kerteh.

Hadir sama ialah Ustaz Mohd Azrul Mohd Zubir, Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Baru, Kerteh.

Tidak ketinggalan memberi sokongan dan dokongan ialah AJK PAS Cawangan, Pemuda Cawangan dan Muslimat Cawangan Kg. Baru, Kerteh.

Ihtifal PASTI 2009 memberi Sijil Penghargaan kepada para pelajar enam tahun yang berjaya menamatkan sessi pendidikan pra sekolah mereka di PASTI.

Pelajar enam tahun akan meninggalkan PASTI buat selamanya untuk meneruskan pendidikan peringkat sekolah rendah.

Pelajar empat, lima dan enam tahun yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dalam kategori akademik dan non-akademik juga menerima hadiah dari pihak pengurusan.

Selamat Maju Jaya kepada pelajar enam tahun.

'PASTI ; 25 Tahun Memimpin Perubahan'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online