Roslan Endut, S/U MTD Kemasik bersama Ustaz Ariffin Deraman sebelum program bermula.
MC dari Pemuda MTD Kemasik, Ustaz Amin Mohd Noor memulakan majlis.
Amri Mamat (Timbalan Pengarah MTD) bersama Ustaz Alias Abdul Hamid (Pengarah MTD) sedang 'tekun dan khusuk' mendengar pembentangan kertas kerja.
Dari kiri ; Tok Gawa FELDA Kerteh 6, Ustaz Salleh Osman (Setiausaha PAS Cawangan Felda Kerteh 5) dan Amri Mamat (Timbalan Pengarah MTD).
Detik terakhir bersama MTD Kemasik sebelum ke Timur Tengah...Amiruddin Abdul Halim, Setiausaha Program Daurah Tarbiyyah MTD Kemasik kelihatan cool sahaja...
Antara wajah yang sempat dirakamkan di bahagian muslimat...masih ramai yang berada di bawah kanopi sebab ketiadaan ruang di atas surau.FELDA KERTEH 5 ; Surau Mujahiddin, FELDA Kerteh 5 menjadi lokasi ke-4 dalam siri Daurah Tarbiyyah MTD Kemasik yang dianjurkan oleh Lujnah Tarbiyyah MTD Kemasik.
Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan. Kertas Kerja 1 'Fiqh Amal Islami' oleh Saudara Ariffin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu.
Kertas kerja 2 bertajuk 'Usrah Dan Kepentingannya Dalam Tarbiyyah Islamiyyah' oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Setiausaha MTD, Roslan Endut memaklumkan Daurah Tarbiyyah kali ke5 akan diadakan di Surau Ferry, Kemasik dalam bulan Disember nanti.













0 Comments:
Post a Comment