Sunday, November 1, 2009

Mat Said (Kemaman) Tumbang Kepada Deris Jusoh (Besut)


Hj Hanafiah Mat bersama Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi memberi sokongan padu kepada team Kemaman.



Set ke-3 Kemaman melawan Besut dimenangi Team Besut. Team Kemaman keletihan kerana terpaksa berjaga larut malam membuat persiapan tempat bagi menjayakan HIMPIT 10K.



Set ke-2 Team Kemaman berjaya meleraikan kekuatan Team Besut untuk membawa ke rubber game. Ketua Kontingen Kemaman, Wan Mohd Husni Wan Othman memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada pemain Team Kemaman.


Set pertama dimenangi dengan mudah oleh Team Besut yang begitu bersemangat dengan laungan slogan 'Besut Boleh'.


DATARAN TUAN GURU, GELIGA, KEMAMAN : Saat yang dinanti - nantikan telah tiba. Desas desus dan khabar angin telah terjawap dan menjadi perbualan para pemuda di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman.

Pada 31hb. Oktober 2009 pasukan Mat Said (Kemaman) telah tumbang kepada pasukan Deris Jusoh (Besut)

Itulah yang berlaku dalam slot 'Orang Muda Geng Kita Siri 2' pada pagi Sabtu, 31hb Oktober 2009 di tapak HIMPIT 10K.

Perlawanan suku akhir acara tarik tali telah menemukan dua pasukan daerah di penghujung Negeri Terengganu.

Kemaman di selatan negeri Terengganu manakala Besut di utara negeri Terengganu.

Perlawanan Kemaman menentang Besut amat dinantikan oleh para peserta HIMPIT 10K dan para pengunjung. Ianya ibarat pertandingan hidup atau mati.

Ianya pertembungan kawasan Utara menentang kawasan Selatan.

Tidak ketinggalan, ianya ibarat pertembungan antara Mat Said dari Kemaman berhadapan dengan Deris Jusoh dari Besut.

Set pertama pasukan Deris Jusoh (Besut) memenangi perlawanan walaupun pasukan Mat Said (Kemaman) cuba bertahan.

Set kedua pasukan Mat Said (Kemaman) merampas kemenangan dari pasukan Deris Jusoh (Besut) menjadikan kedudukan terikat seri 1-1.

Pengadil, wakil Department Of Art, Culture & Sport (DACS) memberi rehat selama sepuluh minit kepada kedua pasukan untuk memulihkan tenaga yang hilang.

Set ketiga dan set penentuan berlangsung dengan tegang dan panas. Kedua - duanya, pasukan Mat Said (Kemaman) dan pasukan Deris Jusoh (Besut) tidak mahu mengalah.

Penyokong kedua - dua pasukan bersemangat memberi sokongan kepada pasukan masing - masing.

Hujan renyai - renyai yang tidak berhenti sejak pagi membuatkan padang agak becak dan berair.

Tali pengimbal berada di tengah - tengah tidak berganjak ke pasukan Kemaman maupun ke pasukan Besut.

Akhirnya, pasukan Deris Jusoh (Besut) memperlihatkan 'kekuatan yang tidak pernah dilihat dengan mata' untuk menewaskan pasukan Mat Said (Kemaman).

Pasukan Deris Jusoh (Besut) merealisasikan kata - kata 'Tiada Halangan, Hanya Peluang'

Tahniah pasukan Besut !

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online