Tuesday, November 24, 2009

Pemuda DUN Kemasik Bersantai Bersama 'Orang Muda Geng Kita'

Pengarah Teknikal & Kejurulatihan pasukan Santos sedang merancang formula terbaru.
Ketua Pasukan pasukan Santos nampak berpuas hati dengan prestasi pasukannya setakat ini.
Pengarah Kejohanan, Syed Khairi Amier Syed Raduan (kopiah) sedang 'entertain' pemain pasukan Aberdeen.
Slot bersantai ini merupakan salah satu uslub dakwah kepada pemuda.
Barisan pemain pasukan Flamengo sedang menikmati hidangan tomyam.

KERTEH : Pemuda PAS DUN Kemasik meneruskan kesinambungan 'Orang Muda Geng Kita' dengan slot bersantai bersama pemuda - pemuda.

Slot santai bersama pemain - pemain Kejohanan Futsal Super League yang sedang berlangsung di Masterscaff Indoor , Paka mengukuhkan lagi ikatan persahabatan yang sudah sedia terjalin.

Menurut penganjur kejohanan, Syed Khairi Amier Syed Raduan selaku Presiden Gabungan Pemuda - Pemuda Gelugor (GAPP's), usaha mendekati dan merapatkan hubungan dengan pemuda pelu diperbagaikan dan slot santai ini merupakan salah satu uslub dakwah yang dicadangkan.

'Bukan mudah untuk kita Pemuda PAS DUN Kemasik mendekati mereka untuk merealisasikan slogan 'Orang Muda Geng Kita' ini, kalau hanya tunggu mereka datang ke surau atau markaz agak susah', ujar Syed Khairi Amier.

Turut bersama meraikan para pemuda ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah dan AJK Pemuda PAS DUN Kemasik, Ramzam Ibrahim.

'Mempersada Perjuangan'.

'Orang Muda Geng Kita'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online