Rosmah Mansor cuba muncul dengan imej 'penyayang' dan prihatin dengan cuba menjadi ikon membantu Palestin. Dia muncul dalam perbagai program kutipan derma untuk Palestin.
Ini ialah sebahagian usaha bersungguh - sungguh untuk memberikan imej bersih kepadanya selepas dia tercalar dengan perbagai imej negatif.
Terbaru usahanya ke Universiti Malaysia untuk melancarkan tabung "kuasa 10 sen untuk membantu Gaza" - 'Power of 10 Sen, By Children for Children' .
Namun usaha memberikan imej baru kepadanya digagalkan oleh sekumpulan mahasiswa universiti tersebut yang menyambutnya dengan grafiti di dinding dewan yang bakal dihadirinya.
Tertera grafiti "Perempuan Isteri Puaka" dan C4 dengan jelas. Mujur pihak 'keselamatan' Rosmah segera bertindak mengecat dinding itu semula sebelum Rosmah tiba. Laluan Rosmah juga ditukar agar memastikan Rosmah tidak lalu di dinding itu.
Namun walaupun tidak melihat grafiti tersebut dan hanya mendengar cerita cukup menaikkan angin Rosmah. Polis dipaksa campur tangan dan 2 tangkapan awal direman 5 hari hanya kerana ditangkap melakar grafiti di dinding.
(dipetik dari http://chegubard.blogspot.com)
Monday, November 23, 2009
Rosmah Mansor vs Pelajar UM
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 11:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment