Tuesday, November 10, 2009

Selamat Maju Jaya Kepada AJK Pemuda DUN Kemasik, Amiruddin Abdul Halim

Amiruddin Abdul Halim (duduk barisan hadapan, dua dari kanan) bersama Ketua Penyelaras dan ahli jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Kemaman sessi 2009/2011.

KERTEH : Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan kehilangan seorang ahli jawatankuasa yang istiqomah dan komited dengan tugasannya sepanjang berada dalam jemaah.

Amiruddin Abdul Halim, Penolong Setiausaha Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan memulakan tugasnya di Arab Saudi pada minggu depan.

'Buat masa permulaan ini saya hanya pergi seorang kerana isteri masih dalam pantang', ujar beliau pada blogger pemuda DUN Kemasik.

Selain itu, beliau memegang beberapa amanah yang agak penting seperti Penolong Setiausaha 1 Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Setiausaha PACA DUN, AJK BG DUN, Setiausaha Penyelaras Daurah Tarbiyyah DUN, Setiausaha PASTI/KAFA Al Abrar, Ketua Penerangan Cawangan dan Setiausaha Pemuda Cawangan.

Pemergian Amiruddin pasti suatu kehilangan besar buat jemaah. Ianya ibarat sebiji permata yang berkilau yang mewakafkan dirinya untuk kepentingan jemaah.

Sementara itu, beliau menjemput ahli jawatankuasa Dewan Harian MTD Kemasik, AJK Pemuda DUN Kemasik, AJK Cawangan, Pemuda & Muslimat Kg. Gelugor serta AJK PASTI/KAFA Al Abrar ke majlis solat hajat dan doa selamat pada 16hb. November 2009, 8.00 mlm - 9.30mlm di Surau Rantau Petronas.

'Selamat Maju Jaya Kepada Amiruddin Abdul Halim & Keluarga'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online