Tuesday, November 10, 2009

Futsal Super League 2009 ; Pemuda PAS Caw Gelugor Bersama 'Orang Muda Geng Kita'

KERTEH : Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K yang berlangsung di Geliga, Kemaman mula menampakkan kesan kepada para pemuda di kawasan sekitarnya.

Pemuda PAS Cawangan Gelugor, Kerteh melalui slogan 'Orang Muda Geng Kita' telah menganjurkan Futsal Super League 2009 bertempat di Masterscaff Indoor Centre, Taman Perindustrian Paka.

Berdiri 5 dari kiri ; Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan YDP PAS Kawasan Kemaman bergambar bersama penganjur, pengadil serta pemain - pemain kedua pasukan sebelum kick-off di perasmian Futsal Super League 2009.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman di Masterscaff Indoor Centre, Paka.

Turut hadir ialah Saiful Azmi Suhaili, Setiausaha Pemuda DUN Kemasik dan Abu Abbas Abdul Hamid, penolongnya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Cawangan Gelugor, Syed Khairi Amier Syed Raduan, antara objektifnya ialah merapatkan jurang golongan pemuda dengan saf kepimpinan pemuda PAS di cawangan.

'Orang muda sekarang ni minat dengan futsal, jadi kita jemput mereka bermain bersama. Alhamdulillah, semua pemain berpakaian menutup aurat ketika bermain', ujar Syed Amier.

Futsal ini anjuran Lujnah Sukan dan Rekreasi, Pemuda PAS Cawangan Gelugor ternyata mendapat sambutan dari golongan muda.

Sebanyak 16 buah pasukan sekitar Kg. Gelugor, Kg. Telaga Papan dan Kg. Tengah menyertai kejohanan 5-sepasukan ini.

Antaranya Villareal, Lyonnais, Santos, Rubin Kazan, Bayern Munich, Al Ittihad, Flamengo, River Plate, Aberdeen, Panathinsikos, Seville, Aston Villa, Boca Juniors, Juventus, Valencia dan Wigan Athletic.

Format perlawanan secara liga ini menyaksikan pasukan Villareal mendahului liga tanpa kehadiran pasukan 'giant' seperti Barcelona, Real Madrid, Manchester United, Liverpool dan Chelsea.

Pihak penganjur juga telah menyediakan blog khas untuk berita terkini berkenaan Futsal Super League '09 ini. Para peminat futsal boleh melayari http://gappsport.blogspot.com untuk mendapat maklumat terkini.

Tema 'Orang Muda Geng Kita' telah berjaya diserapkan di cawangan dan kampung dimana disinilah tempat orang muda beriadah dan berkumpul.

Selamat Berjaya...'Orang Muda Geng Kita'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online