Thursday, December 3, 2009

Pengarah MTD Kemasik Bersama Mangsa Banjir Di Kemasik

Ustaz Alias Abdul Hamid ketika meninjau mangsa banjir di pusat penempatan di Sekolah Kebangsaan Kemasik.
Misi kebajikan Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik bersama Haji Hanafiah Mat menaiki fibre boat ke lokasi banjir.
Haji Hanafiah Mat, Penolong Setiausaha BPPNT turun padang dan berada di Sekolah Kebangsaan Kemasik.
'We are ready...lets go...', mungkin itu yang dikata oleh Haji Salleh Mat Amin, Ketua PAS Cawangan Kemasik Pantai.
Haji Salleh Mat Amin bersama pembantunya mengawal fibre boat dalam arus deras.
Roslan Endut sempat meluangkan masa bersama misi kebajikan MTD Kemasik.
Roslan Endut sempat bergambar dengan wakil Petronas Wilayah Pantai Timur (PWPT).
Seorang mangsa banjir merenung ke rumahnya yang hampir ditenggelami banjir gelombang kedua.
Sebuah kereta yang berjaya meredah banjir...
Pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bekerja keras memastikan mangsa banjir selamat dipindahkan ke pusat pemindahan.
Fibre boat Petronas Wilayah Pantai Timur (PWPT) tidak ketinggalan untuk bersama masyarakat.
Sebuah Pajero sedang meredah banjir ini hampir separuh ditenggelami air...
Pusat Penempatan mangsa banjir di kemasik.
Bangunan sekolah 1 blok 2 tingkat ini menempatkan mangsa banjir.
Keadaan dalam sebuah bilik penempatan mangsa banjir.
Antara mangsa banjir yang berjaya ditempatkan di pusat penempatan.
Golongan wanita dan kanak - kanak di bilik darjah pusat penempatan.
Sebuah lori meredah banjir bagi mengangkut mangsa banjir ke pusat penempatan.
Sebuah lagi kereta berjaya merentasi banjir.
Sempat bergambar kenangan di belakang jalan yang dinaiki air sedalam 2-3 kaki.
Golongan kanak - kanak tidak menghiraukan cuaca sejuk dan hujan berehat di tepi jalan.
Seorang kanak - kanak kelihatan tersenyum bersama kawannya melalui pengalaman menghadapi banjir.

KEMASIK : Gelombang kedua musim tengkujuh yang bermula beberapa hari lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Kemasik telah dinaiki air sehingga satu meter di dalam rumah.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, setakat hari ini (jam 4.00 petang) seramai 200 orang lebih telah dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Kemasik, Kemaman.

Turut sama menyertai misi bantuan banjir ialah Haji Hanafiah Mat (Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu), Roslan Endut (Setiausaha Majlis Tindakan DUN Kemasik), Haji Salleh Mohd Amin (Ketua PAS Cawangan Kemasik Pantai) dan Mohd Tishaah Hamzah (Timbalan Ketua Pemuda DUN Kemasik).

Wakil www.pemudapaskemasik.blogspot.com yang berada di pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Kemasik pada pukul 3 petang tadi mendapati jumlah mereka yang dipindahkan semakin bertambah.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Baru, Kemasik dan Kampung Lubuk Kawah.

Tinjauan wakil www.pemudapaskemasik.blogspot.com di sekitar kampung yang berada di Mukim Kemasik turut mendapati beberapa laluan utama yang menghubungkan kampung tersebut ke Kerteh telah dinaiki air sedalam 2-3 kaki.

Laluan Kerteh - Kg. Pengkalan Ranggon dinaiki air di Bukit Api Rokok sedalam 3 kaki.

Laluan Kerteh - Kg. Chabang telah dinaiki air berhampiran pintu masuk utama ke Kg. Chabang.

Laluan KM 113 Jalan Persekutuan Kuantan - Kuala Terengganu berhampiran Stesen Minyak ESSO Kerteh juga dinaiki air serta sebelah jalan telah ditutup kepada kenderaan.

Sementara itu, beberapa taman perumahan mula dinaiki air disebabkan berada di kawasan rendah.

Sementara itu, Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik telah menubuhkan satu pasukan 'task force' untuk membantu mangsa banjir.

Orang ramai dan para penderma boleh memberi sebarang bentuk sumbangan kepada unit 'task force' ini yang diketuai oleh Ustaz Alias Abdul Hamid selaku Pengarah MTD Kemasik (0199557740), Timbalan Unit, Amri Mamat (0199360511) dan Setiausaha Unit, Roslan Endut (0139215593).

"PAS Untuk Semua"

"PAS For All"

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online