Thursday, December 3, 2009

Gelombang Kedua Banjir Melanda DUN Kemasik

Paras air di Sungai Kuala Kerteh melimpahi jalan akibat gabungan fenomena air pasang besar dan banjir gelombang kedua semalam.
Beberapa kaki sahaja air melimpahi jalan pada waktu air surut di Sungai Kuala Kerteh.
Jalan Kg. Chabang - Kerteh dinaiki air berhampiran pembinaan Laluan Keluar (Exit) LPT.
Jalan Pengkalan Ranggon - Kerteh berhampiran Bukit Api Rokok dinaiki air sedalam 3 kaki.
Jalan Taman Belakang Pejabat Hutan Kerteh tidak boleh dilalui oleh kereta dan motosikal.
Jalan Taman Anggerik di Kampung Baru Kerteh dipenuhi air.
Kenderaan ringan yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kg. Semayor - Kemasik.
Paras air di Jalan Kg. Semayor - Kemasik yang masih dibuka kepada semua kenderaan.
Jalan Persekutuan KM 113 Kuantan - Kuala Terengganu berhampiran Kedai Roti Tempayan Kerteh dipenuhi air.
Permandangan di Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kerteh seperti lautan.
Paras air mula naik di Jalan Persekutuan KM 113 Kuantan - Kuala Terengganu berhampiran Stesen Minyak ESSO Kerteh.
Hujan lebat beserta angin menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang...berhati - hati ketika memandu.

KERTEH : Setelah hujan berhenti selama empat hari sebelum dan selepas Hari Raya Idul Adha, ternyata kedatangan musim tengkujuh kali ke dua yang disebut 'gelombang kedua' amat memeranjatkan.

Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan beberapa kampung dan taman perumahan yang berada di paras rendah dalam sekelip mata ditenggelami banjir.

Wakil www.pemudapaskemasik.blogspot.com sempat merakamkan beberapa lokasi yang dinaiki air gelombang kedua ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah meminta ibubapa dan penjaga mengawasi pergerakan anak mereka sepanjang musim tengkujuh ini.

'Musim tengkujuh ini berlaku semasa cuti sekolah, jadi kanak - kanak terutamanya lelaki perlu diawasi pergerakan mereka, jangan biarkan mereka menjadikan banjir ini sebagi pesta air', ujar Mohd Tishaah Hamzah.

'Kebiasaannya kanak - kanak ini memberi alasan berjumpa dengan kawan di rumah tetapi mereka melencong ke tempat lain seperti tali air, sungai maupun pantai yang merbahaya sekarang ini', tambahnya lagi.

Semoga kedatangan musim tengkujuh ini memberi kita keinsafan tentang kebesaran Allah yang tidak mampu ditandingi oleh kita sebagai hambaNya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online