Wednesday, December 30, 2009

Pengarah MTD Kemasik bersama pemain Futsal GAPPSPORTS

Dari kanan ; Roslan Endut, Ustaz Faizal, Ustaz Alias, Haji Hanafiah & Haji Abdul Rahman di grand stand VIP.
Tiga orang pemain dan penyokong mendaftar nama untuk cabutan bertuah.
Himpunan hamper yang bakal menjadi hadiah sampingan pemain dan penyokong pasukan.
Inilah Piala Pusingan Liga Futsal GAPPSPORTS yang menjadi rebutan pasukan.
Ustaz Alias, Saiful Azmi dan Syed Khairi Amier semasa mengumumkan nama pemenang cabutan bertuah.
Wan Adnan Wan Abu Bakar berjaya memenangi hamper bernilai RM50.
Ustaz Alias sedang menyampaikan hamper kepada salah seorang pemenang.
Pemuda 'Orang Muda Geng Kita' berjaya memenangi cabutan bertuah.
Dua orang 'Orang Muda Geng Kita' sedang memerhatikan perlawanan.
Deretan penyokong pasukan Santos kelihatan tenang dan berpuas hati dengan prestasi pasukannya.
Pemain dan penyokong pasukan Aston Villa sedang memerhatikan taktik pasukan lawan.
Aksi di tengah padang rumput tiruan.
Pasukan 'orange' sedang beraksi.
Pasukan tajaan GAPP berjersi hijau.
Sessi bergambar sebelum perlawanan bermula. Berjersi hijau (berdiri) ialah Edy Abu Bakar (bekas striker berbahaya pasukan T-Team tahun 1985)
Antara aksi kegemaran pemain - sessi bergambar kenangan.
Depan dua dan tiga dari kiri ; Wan Adnan Wan Abu Bakar penyerang berbahaya dan berskil tinggi pasukan Santos dan Mohamad Isa Baki (penjaga gol) sedang berposing manja.
Ni sessi bergambar sambil senyum - senyum sikit...berdiri dua dari kiri ialah anak saudara Fibregas Arsenal.
Pasukan AJK Urusetia menentang pasukan veteren Gelugor (beberapa pemain ini pernah beraksi untuk pasukan Piala Malaysia Terengganu 1985). Kelihatan penyerang berbahaya Hamdan Mamat dan winger Saiful Azmi (belakang) dan midfielder Ramzan Ibrahim (depan paling kiri) serta stopper Musa (depan paling kanan).


KERTEH : Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid turun padang untuk bersama pemain - pemain Liga Futsal GAPPSPORTS di Masterscaff Indoor Centre, Paka malam semalam.

Turut hadir di program 'Orang Muda Geng Kita' itu ialah Haji Hanafiah Mat (Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu), Roslan Endut (Setiausaha MTD) dan Harun Jusoh (Bendahari MTD).

Pasukan Santos muncul Juara Kejohanan dengan memenangi Piala Pusingan dan cenderahati iringan manakala Villareal muncul sebagai Naib Juara diantara 16 buah pasukan yang bertanding selama dua bulan tersebut.

Sementara itu, Mohd Qurratu Syukri dari pasukan Villareal muncul sebagai Pemain Terbaik Kejohanan manakala Mohd Suffian Sidek, Pengurus Pasukan Rubin Kazan terpilih sebagai Pengurus Pasukan Terbaik.

Jumpa lagi tahun depan - 2010 !.

"Orang Muda Geng Kita".

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online