
KEMAMAN : Sempena dengan kedatangan Tahun Baru 2010, Lujnah Penerangan & Dakwah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) menganjurkan satu ekspedisi dakwah di sekitar Bandar Chukai malam semalan.
Menurut Ketua Lujnah, Mohd Hafiz Adam, sebanyak 1,000 helai risalah dakwah telah diedarkan kepada golongan pemuda, pemudi dan orang ramai di sekitar Centre Point, Casa Limbung dan Pasar Malam Padang Astaka semalam.
Turut bersama rombongan xpdc ialah Timbalan Ketua DPPKK, Mahadi Mahmud (Bendahari), Ustaz Abu Aiman (Ketua Lujnah Tarbiyyah & Perkaderan), Wan Mohd Husni (Ketua Lujnah Ekonomi), Azman Mohd (Ketua DACS), Halfian Ahmad (Naib Ketua DACS) dan ahli jawatankuasa pemuda DUN Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih serta ahli jawatankuasa pemuda cawangan berdekatan.
Sambutan yang diberikan oleh para pemuda amat positif dan menggalakkkan malah ada beberapa orang pemuda yang meminta untuk bergambar bersama rombongan xpdc.
"Orang Muda Geng Kita - Jom Berubah".
0 Comments:
Post a Comment