Thursday, December 3, 2009

Monsoon !! Oh !! Monsoon !! ; Monsoon Season vs Monsoon Cup vs Monsoon Drain

Monsoon Cup Kick Off Concert di Dataran Syahbandar diteruskan dalam suasana 'monsoon season' melanda seluruh Terengganu.
Penampilan Fara Fauzana dan Reza sebagai MC bersama sembilan orang artis untuk menghiburkan rakyat tatkala dilanda 'monsoon season'.
Perasmian 'monsoon cup 2009' yang gilang gemilang diharapkan dapat meningkatkan ekonomi penduduk dan kerajaan Negeri Terengganu.
Inilah dia 'monsoon cup' yang berlangsung di Terengganu sewaktu 'monsoon season' datang melanda.
Kapal layar bertaraf dunia di kejohanan 'monsoon cup' ini memerlukan angin kuat pada 'monsoon season' untuk menggerakkan kapalnya.

Monsoon drain adalah keperluan infrastruktur asas sesebuah bandaraya seperti Kuala Terengganu.
Aktiviti ini tidak dapat dilihat lagi apabila 'monsoon season' mula menjenguk.
Golongan penternak kambing tidak terkecuali terkena tempias 'monsoon season'.
Penternak lembu perlu mempersiapkan kemudahan bagi memastikan lembu ternakan mereka sihat dan selamat ketika 'monsoon season' melanda.

Golongan nelayan yang menghuni sepanjang persisir pantai Laut Cina Selatan berehat panjang sepanjang 'monsoon season'.
Sebuah kenderaan meredah air yang merentasi sebuah jalan di jalan Kg Semayor - Kemasik di waktu 'monsoon season'.
Ombak yang tinggi sewaktu 'monsoon season' dirakamkan di Pantai Kerteh selepas gelombang kedua banjir melanda semalam.
Situasi biasa jika ketiadaan 'monsoon drain' untuk mengalirkan air keluar dari kawasan rendah.
Banjir di kawasan perumahan jika tiada 'monsoon drain' yang sempurna.

KERTEH : '3 dalam 1'. Itulah ungkapan yang popular di Terengganu menjelang akhir tahun sejak kebelakangan ini.

Kedatangan angin monsun (istilah para nelayan di Terengganu) pada bulan Disember membawa hujan dan angin. Para nelayan laut dalam maupun persisir pantai tidak dapat turun menangkap ikan.

Para penoreh getah terpaksa 'bercuti tanpa gaji' sepanjang musim tengkujuh. Getah sekerap pun sudah habis dujual awal - awal lagi.

Para petani mengeleng kepala melihat tanaman yang diusahakan habis dibaham banjir. Titik peluh dan keringat terasa sia - sia semoga Allah memberkati rezeki mendatang.

Para penternak mulai tidak tidur malam memikirkan nasib ayam, kambing, lembu dan kerbau yang bakal lemas dalam kandang.

Disaat itu, di muara sungai Kuala Terengganu berlaku pesta berlumba kapal layar peringkat antarabangsa (international).

Para penganjur, pemilik dan peserta kapal layar siang dan malam berdoa agar diberikan angin kencang. Ada masjid yang menganjurkan solat hajat meminta dikurniakan angin kencang bagi menjayakan kejohanan bertaraf dunia ini.

Para nelayan mengeluh dengan angin kencang menyebabkan bot dan perahu mereka tersadai di pantai.

Para peniaga dan penduduk di bandar mengeluh panjang. Banjir kerap berlaku disebabkan tiada kemudahan infrastruktur yang asas iaitu 'monsoon drain' atau longkang banjir. Apalagi ianya berlaku di Bandaraya Warisan Persisir Pantai Kuala Terengganu.

Itulah senario saban tahun setiap kali monsoon season, monsoon cup dan monsoon drain menyapa di penghujung tahun.

Kenyataannya, ketiga - tiga 'monsoon' itu membawa makna yang berlainan kepada kumpulan yang berlainan.

Kumpulan 'monsoon cup' tersenyum dengan anggaran kos RM300 juta dibelanjakan setiap tahun sehingga 2012 mengikut perjanjian yang telah ditandatangani di zaman MB Idris Jusoh dulu.

Kumpulan 'monsoon season' terdampar di rumah bermain bersama anak dan isteri menunggu cuaca pulih untuk bekerja.

Kumpulan 'monsoon drain' terpaksa tutup kedai awal disebabkan pelanggan tidak dapat datang kerana banjir dan dikuatiri barang jualan rosak akibat banjir.

Manakala pemilik rumah yang berada di kawasan rendah tidak tidur malam risaukan banjir datang dengan tiba - tiba di waktu sedang enak beradu.

Inilah dia senario '3 dalam 1' dimana tiga golongan dalam satu negeri yang mengalami nasib yang sama tapi tidak serupa.

Inikah manifestasi dari slogan 1Malaysia ; Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan atau ianya hasil perlaksanaan Islam Hadhari Terengganu Bestari tajaan kerajaan terdahulu ?.

Tepuk dada tanya iman.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online