Friday, January 22, 2010

Ilmu agama dapat menghapuskan jahilliyah moden ; Ustaz Nik Ahmad Nasri Nik Malek

Ustaz Nik Muhammad Nasri sedang mengupas teks usrah yang telah dibentang dan dibincangkan.
Suasana usrah bulanan PASTI Al Abrar dan PASTI Ar Rahman.
Barisan guru dan ustazah yang sedang mengikuti pembentangan kertas kerja usrah.

KERTEH : Usrah bulanan PASTI/KAFA Al Abrar, Kg. Gelugor dan PASTI/KAFA Ar Rahman, Kg. Baru, Kerteh berjaya meningkatkan kefahaman para guru dan ustazah tentang situasi gerakan Islam masa kini.

Usrah gabungan kedua - dua buah PASTI tersebut dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa PASTI Qaryah dan para guru serta ustazah dinaqibkan oleh Al fadhil Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik, Timbalan Ketua Lujnah Tarbiyyah, PAS Kawasan Kemaman.

Al fadhil naqib ketika mengupas pembentangan teks usrah menyatakan sistem pendidikan masakini telah membuahkan jahilliyah moden terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

'Jika kita baca sirah Nabi mereka yang berada dalam zaman kegelapan (jahiliyyah) meminum arak yang dibuat dirumah sendiri, kaki perempuan dan membunuh bayi perempuan yang baru lahir', ujar al fadhil naqib.

'Tetapi selepas hampir 1431 tahun Islam diperkenalkan oleh Nabi saw, penduduk Islam ternyata hidup dalam jahilliyyah moden yang lebih dashyat berbanding jahiliyyah dulu', sambungnya lagi.

'Arak masih diminum bahkan diberikan lesen dan dibuat kilang, pusat hiburan diberikan lesen dan waktu tertentu untuk beroperasi, pembunuhan bayi bukan sahaja bayi perempuan dan lelaki tetapi digugurkan ketika dalam kandungan lagi, ibubapa ditinggalkan anak di atas kerusi roda di hospital selain pelbagai penyakit sosial yang membarah setiap saat', tegas Ustaz Nik lagi.

Ini semua natijah dari sistem pendidikan yang gagal melahirkan para pelajar yang mempunyai roh Islam.

Al fadhil Ustaz juga mengingatkan kewajipan meninggalkan perkara syubhah iaitu yang ragu - ragu dari segi hukumnya.

Pilihan produk yang disahkan halal dari kilang mula memasuki pasaran dan kita mesti menggunakan peluang ini dalam kehidupan seharian.

'Contohnya produk berjenama HPA yang mempunyai lebih 200 jenis barangan adalah ternyata halal dan di Kerteh ini terdapat stokis HPA yang memudahkan kita untuk mendapatkan barangannya', ujar Ustaz lagi.

Al fadhil Ustaz juga menyeru para guru dan ustazah untuk mempamerkan akhlak yang terpuji kerana masyarakat akan menilai kita sebagai organ Parti Islam Semalaysia (PAS), jadi kena pastikan segala percakapan dan perbuatan kita mencerminkan jemaah Islam sendiri.

'PAS Untuk Semua - PAS For All'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online