Friday, January 22, 2010

Mohon sumbangan kerja naiktaraf bangunan PASTI Al Abrar, Kerteh

Bangunan PASTI Al Abrar di Jalan Gelugor 6, Kg. Gelugor, Kerteh.
Signages PASTI Al Abrar menggamit kedatangan pelajar/ibubapa/penjaga.
Tandas yang dalam proses naik taraf...
Struktur kerangka bumbung di bahagian dapur sedang dalam pembinaan...
Kerja memasang kerangka bumbung sedang berjalan...
Sebahagian atap genting yang telah dipasang...
Bahagian luar tempat mandi para pelajar PASTI PLUS sedang dalam pembinaan...

KERTEH : PASTI Al Abrar, Kerteh terus mendapat kepercayaan ibubapa/penjaga untuk mendidik anak mereka di peringkat pra sekolah untuk sessi 2010 ini.

Statistik terkini menunjukkan seramai 70 orang pelajar berumur 4-6 tahun telah didaftarkan dan meningkat berbanding tahun 2009.

Bagi menampung pertambahan pelajar, pihak pengurusan qaryah telah mengambil inisiatif menaik taraf beberapa kemudahan asas seperti dapur, tandas dan tempat mandi.

Menurut Ketua Unit Penyelenggaraan, Saiful Azmi Suhaili, kerja tersebut telah bermula minggu lepas dan kos anggaran keseluruhan ialah RM5,000.00.

Justeru itu, kami menyeru para ibubapa/penjaga dan dermawan untuk bersama menyumbang sedikit kewangan untuk menyiapkan kerja tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi PASTI Al Abrar (0199348062), Setiausaha (0124589904) dan Ketua Unit Penyelenggaraan (0139815788).

Sebarang urusan pemindahan melalui bank boleh dilakukan melalui RHB Islamic Bank Berhad, Bandar Baru Kerteh, No. Akaun : 26304200005092 atas nama 'PASTI AL ABRAR, KERTEH'.

"PASTI Untuk Semua - PASTI For All".

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online