Saturday, January 16, 2010

Pakatan Rakyat Tawarkan Politik Baru di PRU 13


FELDA KERTEH 05 : Selepas 53 tahun merdeka dan berada di bawah kuasa pemerintahan UMNO/BN, Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari PAS, PKR & DAP menawarkan pemikiran baru dan politik baru kepada rakyat pada PRU ke-13 nanti.

'UMNO/BN sudah terlalu lama memerintah apabila apabila kehilangan majoriti di parlimen serta lima buah negeri pada PRU lepas, mereka tidak dapat menerima hakikat dan kenyataan penolakan rakyat tersebut', tegas YB Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Machang di FELDA Kerteh 05 semalam.

(Gambar, dari kiri ; Musa Mohd (Ketua PAS Felda Kerteh 06), Tok Gawa Felda Kerteh 05, Pak Aziz (tuan rumah), Ustaz Wan Hassan, YB Saifuddin Nasution, YB Hajjah Zuraida, YB Rodziah, Hj Abdul Rahman Yusof & Ustaz Salleh Osman)

Ceramah yang dibarisi oleh YB Saifuddin Nasution, YB Hajjah Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), YB Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Selangor), YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Adun Sura) serta Hj Abdul Rahman Yusof (Pengerusi PKR Terengganu) berjaya memberi infomasi terkini berkenaan isu kalimah Allah.

Dalam masa yang sama, PR terus mengukuhkan semangat setiakawan dengan Konvesyen PR yang lepas dimana perkara asas seperti Islam agama tertinggi, kedaulatan sultan dan raja serta hak istimewa orang Melayu terus dipertahankan.

'Jadi tidak ada sebab UMNO/BN melabelkan PR sebagai pengkhianat orang Melayu dan Islam, apa yang berlaku sebenarnya UMNO lah yang telah mengkhianati bahasa Melayu, tulisan jawi, Pulau Batu Putih dan banyak lagi', ujarnya lagi.

Isu kalimah Allah ini adalah propoganda UMNO/BN untuk meraih sokongan setelah melihat orang bukan Islam menolaknya dalam PRU 12 dan sembilan PRK yang lepas.

Justeru itu, YB Saifuddin meminta rakyat membuat perubahan besar - besaran dalam PRU akan datang dengan menolak UMNO/BN yang dilanda pelbagai krisis dalaman dan memilih PR sebagai kerajaan baru.

Rakyat dapat melihat ketulusan hati para pemimpin PR yang meneraju lima buah kerajaan negeri seperti Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato' Ustaz Azizan Abdul Razak, YAB Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang 'zero rasuah' serta cakna rakyat.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online