Wednesday, January 13, 2010
PASTI PLUS Al Abrar untuk ibubapa/penjaga yang berkarier
KERTEH : Mendidik anak - anak adalah satu tanggungjawap yang berat apalagi bagi ibubapa/penjaga yang bekerja.
Memilih kaedah pendidikan yang selaras dengan ajaran Islam perlu dititikberatkan. Anak merupakan anugerah Allah seperti kain putih lagi bersih dan ibubapa/penjagalah yang bertanggungjawap mencorakkannya.
Justeru itu, PASTI PLUS Al Abrar, Kerteh menawarkan khidmat penjagaan kakak - kanak berkonsep Islam selepas mengikuti kelas pendidikan pra persekolahan bagi umur 4, 5 dan 6 tahun.
Kanak - kanak ini akan mengikuti kelas pra pendidikan di PASTI Al Abrar dari 8.30 pagi - 11.45 pagi dan PASTI PLUS bermula dari 11.45 pagi - 5.30 petang.
Selepas sessi pra persekolahan 11.45 pagi, kanak - kanak akan memasuki PASTI PLUS Al Abrar dimana kanak - kanak akan mandi, makan tengahari, bersolat, berehat & tidur, sessi hafazan dan minum petang yang dikendalikan oleh dua orang petugas sepenuh masa.
'Yuran bulanan yang dikenakan amat berpatutan memandangkan penubuhan PASTI PLUS Al Abrar tidak berkonsepkan perniagaan dan keuntungan', jelas Pengerusi PASTI PLUS Al Abrar.
Yuran bulanan untuk pelajar PASTI Al Abrar 4 tahun ialah RM35 manakala 5 & 6 thun RM25 manakla bayaran bulanan PASTI PLUS Al Abrar ialah RM100.
Ini bermakna pelajar berumur 4 tahun yang memasuki PASTI Al Abrar dan PASTI PLUS Al Abrar dikenakan yuran bulan sebanyak RM135 sahaja manakala 5 & 6 tahun RM125.
Pendaftaran masih lagi dibuka dan Ibubapa/penjaga yang berminat menghantar anak mereka boleh menghubungi 019 9348062 untuk sebarang pertanyaan.
"PASTI 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN".
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 5:41 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment