KUALA KERTEH : Kehilangan nelayan Orang Kurang Upaya (OKU), Abdul Rahman Ismail, 52 tahun di perairan Pantai Kerteh masuk hari ke lima dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
Mangsa yang keluar seorang diri dengan bot nelayan tidak pulang sejak Rabu lepas dan setakat ini tiada tanda dijumpai termasuklah bot mangsa.
Difahamkan mangsa keluar untuk menaikkan bubu yang telah dipasang di sekitar perairan Laut China Selatan.
Pemuda PAS Cawangan Kampung Gelugor dan Telaga Papan tidak ketinggalan menyertai misi kemasyarakatan ini.
Semalam, bertempat di tepi Kuala Sungai Kerteh diadakan majlis solat hajat beramai - ramai sebagai satu usaha dan ikhtiar mencari mangsa.
Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Kampung Gelugor dan Setiausaha PAS Cawangan Telaga Papan.
Selepas selesai solat hajat, kami beramah mesra dengan Ketua Balai Polis Kerteh yang menerangkan secara ringkas kronologi kehilangan mangsa dan tindakan serta operasi yang dilakukan pihak berkuasa.
'Saya selaku Ketua Balai Polis Kerteh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk yang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa', ujar Ketua Balai tersebut.
Selepas itu, para pimpinan PAS mengunjungi rumah mangsa di Kampung Gelugor dan bertemu dengan isteri dan anak mangsa.
Sedikit sumbangan telah dihulurkan sebagai tanda simpati dan meringankan beban yang ditanggung oleh isteri dan seorang anak mangsa.
Menurut Ketua Balai lagi, operasi mencari dan menyelamat ini akan diteruskan selama dua hari lagi.
Sunday, January 17, 2010
PAS Cawangan adakan solat hajat di pantai Kuala Kerteh
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 6:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment