KERTEH : Islam melarang keras umatnya mengkhianati rumah ibadat agama lain sepertimana yang berlaku di beberapa negeri kebelakangan ini.
'Kerja membakar rumah ibadat penganut lain dilakukan oleh mereka yang berpura - pura mengamalkan Islam tapi hakikatnya mereka jahil tentang Islam', ujar YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura disini semalam.
Begitu juga perbuatan mengarak kepala lembu dan memijaknya adalah tidak pernah berlaku jika mereka benar - benar memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.
Ini semua kerja mereka yang berjuang dengan semangat kekitaan bukannya semangat Islam yang sebenar.
Islam amat menghormati hak beragama kerana ianya adalah urusan Allah untuk memberi taufik dan hidayahNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.
Al fadhil YB Ustaz juga kecewa dengan peristiwa perobohan Masjid Bujal, Kijal yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN beberapa tahun lepas.
'Islam adalah satu agama fitrah (semulajadi) yang penuh dengan semangat toleransi yang membawa kesejahteraan dan kerahmatan kepada seluruh penghuni alam ini termasuk haiwan, pokok dan bukit bukau', ujarnya lagi.
Justeru itu, al fadhil YB Ustaz menyeru seluruh masyarakat untuk kembali kepada Islam dengan memilih mereka yang memperjuangan Islam yang sebenarnya dalam pilihanraaya akan datang.
Apabila Islam tidak diamalkan sepertimana terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah, ianya mengundang kemurkaan Allah dan kadangkala musibah darinya dapat dilihat di depan mata kita seperti penyelewengan, rasuah, kecurian, anak luar nikah, penzinaan, dadah, ganja, arak, mat rempit dan pelbagai masalah sosial lagi.
Keadilan Islam dapat dinikmati oleh seluruh makhluk jika pemerintah yang ada betul - betul mempraktikkan Islam dalam sistemnya bukan hanya dalam aspek munakahat dan ekonomi seperti zakat & fitrah sahaja.
Justeru itu, sudah sampai masanya masyarakat memilih golongan yang berjuang menegakkan Islam demi kemakmuran dan keredhaan Allah dunia dan akhirat.
"PAS Untuk Semua - PAS For All".
Monday, January 18, 2010
Khianati rumah ibadat agama lain bukan ajaran Islam ; YB Ustaz Wan Hassan
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 11:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment