
'Orang Muda Geng Kita - Jom Kacau Sura' sempat bergambar sebelum bergerak ke Centre Point & Casa Limbung.

Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing...sepakat membawa berkat...betul tak ?

Ustaz Megat bertanya khabar Suffian Ismail yang baru kembali ke tanah air minggu lepas...

Anggota Unit Amal berada dimana saja setiap detik dan ketika...

Gaya istimewa dari Ketua DPPKK yang cakne pemuda sedang memegang erat sodek...

Golongan Muslimat Bukit Mentok bersama menyediakan resepi assyura.

Inilah sepertimana kata Wonderpets...'apa yang penting...kerja samaa....' Tiga orang pemuda ni kombinasi Unit Amal, Gerakan Anti-ISA dan Kelab ARC...

Muslimat pun turut sama bergotong royong bersama 'Orang Muda Geng Kita'.

Penolong SU DPPKK bertshirt Kelab ARC sedang beraksi di depan kawah panas.

Slot makan tengahari begitu teruja dengan ikan aya singgang, belacan dan sayur goreng 'camboh'...

'We are the best'...pemuda Unit Amal, Orang Muda Geng Kita & Kelab ARC sempat berposing bersama Ketua DPPKK.

Zulfadli Razak mengetuai Pemuda DUN Kemasik sedang bergambar manja dengan memegang sodek sambil menyanyikan lagu Wonderpets...'apa yang penting..kerjasama...'.

Sessi tazkirah ringkas selepas solat oleh Ustaz Timbalan Ketua DPPKK di Dewan Besar PASTI Adam....terima kasih kepada Pengurusan PASTI Adam.

Gaya mengancam dan menggoda dari Ketua DPPKK dan Tuan Haji Pengarah MTD Chukai depan kawah panas...

Anggota Nisa' Kemaman turut bersama ' Orang Muda Geng Kita' membungkus assyura.

SUK DUN Chukai bersama Bendahari DPPKK menunjukkan bakat sebenar walaupun agak liat pegang sodek di rumah.

Slot penyerahan borang Kelab ARC oleh Ketua DPPKK kepada wakil Kelab ARC DPPNT. Paling kiri Pengarah Assyura 2010, Wan Mohd Faisal.

'Saya kini ahli Kelab ARC"...Timbalan Ketua Pemuda DUN Kemasik bersama wakil Kelab ARC DPPNT sempat bergambar kenangan.

Zulfadli Razak, Mohd Kamal Muda & Mahadi Abdullah sedang bersantai dan menikmati sura cair...
KEMAMAN : Pemuda DUN Kemasik telah menyertai program 'Orang Muda Geng Kita - Jom Kacau Assyura' anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) pada Sabtu, semalam.
Sebanyak sepuluh kawah assyura disediakan dan Pemuda DUN Kemasik telah menyumbangkan dua kawah darinya.
Program ini diketuai oleh Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Lujnah Tarbiyyah & Perkaderan & Unit Amal berjaya mengumpul 100 orang pemuda dari empat DUN.
Menurut Pengarah Assyura 2010, Wan Mohd Faisal Wan Adullah merangkap Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan, DPPKK, selain kacau assyura, terdapat beberapa slot iringan merangkumi pentarbiyyah kerohanian dan pemerkasaan parti dijalankan.
Selain solat zohor dan asar berjemaah, tazkirahringkas zohor, pendaftaran keahlian Kelab ARC dan pendaftaran keahlian dan pemilih juga telah diadakan di tapak program.
Resepi assyura disediakan oleh Muslimat Bukit Mentok sementara pembungkusan mendapat kerjasama anggota Nisa' Kemaman.
Sebanyak 800 bungkus assyura telah diagihkan kepada orang ramai yang memenuhi Centre Point dan Casa Limbung di Bandar Chukai.
Penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat dan orang perseorangan yang memberi sumbangan dalam menjayakan program berkebajikn ini.
"Orang Muda Geng Kita - Jom Kacau Assyura". "Orang Muda Geng Kita - Jom Berubah".
0 Comments:
Post a Comment