Monday, October 25, 2010

Pemerintah Yang Tidak Adil Seumpama Pencuri Berlesen ; YB Alfadhil ADUN Sura


Kg. Gelugor, Kerteh, 24hb. Oktober : Rasulullah saw bersabda yang bermaksud 'tujuh (7) golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah swt dalam naungannya di hari yang tiada naungan kecuali perlindungan Allah itu sendiri ialah...antaranya Iman (pemimpin) yang adil. (Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majah).

'Lawan kepada adil ini zalim, iaitu tidak meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya seperti tidak menjalankan syariat Islam sepertimana diturunkan dalam Al Quran', tegas Alfadhil YB Ustaz Wan Hassan Ramli disini, semalam.

'Pemerintah yang tidak adil akan melakukan penyelewengan dan penindasan kepada rakyat bawahannya dan melakukan rompakan secara tersusun dan terancang melibatkan khazanah kekayaan negeri', ulasnya lagi.

'Inilah sebenarnya gambaran kepada istilah merompak di siang hari dimana harta kekayaan negeri dipunggah dan disonglap dalam terang dengan berselindung dengan ayat pembangunan', terangnya lagi.

Penduduk di Kelantan lebih ramai dari Terengganu tetapi Kerajaan Kelantan hanya membelanjakan sekitar RM500 juta setahun manakala Kerajaan Terengganu berbelanja hampir mencecah RM2,200 juta (RM2.2 billion), empat kali ganda lebih.

Kenapa perkara ini berlaku dan adakah penduduk di Terengganu menjalani kehidupan empat kali lebih selesa berbanding Kelantan?.

Jika penduduk Kelantan makan tiga kali sehari adakah penduduk Terengganu makan 12 kali sehari?.

Kemana duit RM2.2 billion tersebut dibelanjakan dan dicurahkan, adakah sampai kepada rakyat jelata atau tumpah ke dalam poket para pemimpin.

Alfadhil YB Ustaz meminta masyarakat berhati - hati memilih pemimpin di masa akan datang demi kebaikan anak cucu sendiri.

'Jika kita pilih perompak dan penyamun maka rompak dan samunlah yang kita rasai dan begitulah sebaliknya', ujarnya lagi.

'Adakah kita lupa bagaimana memilih iman solat berjemaah, banyak syarat yang perlu diteliti begitu juga ketika memilih iman (pemimpin) untuk menguruskan pentadbiran negeri, mesti ada halal dan haram, sah dan batal juga', tambahnya lagi.

Konsep solat berjemaah ini perlu dipraktikkan bilamana kita melangkah keluar pintu masjid dengan memilih iman (pemimpin) yang berjurus dan boleh dipercayai.

Alfadhil YB Ustaz mengingatkan bagaimana pengagihan sumbangan buah kurma dan air zam - zam yang tidak menyeluruh kepada seluruh rakyat sedangkan perbelanjaan membelinya menggunakan duit kerajaan negeri bukannya duit dari poket pemimpin.

'Jika perkara sekecil buah kurma dan air zam - zam pun berlaku ketidakadilan dan penyelewengan, bagaimana pula dengan pembahagian bantuan kebajikan, bantuan kebakaran, bantuan bencana alam, bantuan persekolahan, zakat fitrah sementelah lagi pengagihan projek bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit', soalnya lagi.

Justeru itu, Alfadhil YB ADUN Sura meminta masyarakat menghentikan kezaliman dan ketidakadilan ini dengan menyahkan pemimpin yang berperangai buruk dalam pilihanraya akan datang dan memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka yang benar - benar ikhlas memperjuangan keadilan sepertimana tuntutan dalam Islam.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online