Saturday, October 23, 2010

Pemuda Mesti Kuasai Pasaran Berita ; Timbalan Ketua DPPKK

Antara Ahli Jawatankuasa Pemuda MTD Kemasik bersama naqib sedang menghadiri usrah bulanan.
Paling kiri, Wan Mohd Faisal, Timbalan Ketua Pemuda MTD Kemasik.
Antara ahli jawatankuasa Pemuda MTD Kemasik sempat dirakamkan aksinya.
Paling kanan, Setiausaha Pemuda MTD Kemasik, Saiful Azmi Suhaili khusuk membuat catatan.

Kerteh, 24hb. Oktober : Para pemuda yang bergerak dalam Gerakan Islam mesti peka dan cakna dengan isu semasa yang berlaku di persekitaran dan memastikan masyarakat di kampung mendapat maklumat tersebut.

'Sebagai pemuda yang berada di era teknologi maklumat tanpa sempadan, saya menyeru kepada pemuda - pemuda untuk menggunapakai semaksimun mungkin kemudahan teknologi maklumat ini untuk menyampaikan berita yang berkualiti kepada masyarakat di kampung', ujar Al fadhil Ustaz Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) semasa mengemudi usrah bulanan ahli jawatankuasa Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik di sini.

'Penyebaran maklumat penting ini boleh disalurkan melalui laman sosial di internet seperti facebook, twitter dan myspace disamping telefon mudah alih seperti sms, mms dan sebagainya' tegasnya lagi.

Al Fadhil Ustaz Naqib juga mengulas, 'PAS bukan sebuah gerakan politik semata - mata, justeru itu menjadi tanggungjawap para pemuda untuk bersama kepimpinan menjalankan usaha dakwah menyeru mesyarakat kembali kepada ajaran dan kehidupan Islam yang sebenarnya demi mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat', ulasnya lagi.

Sebagai bekalan tambahan untuk mengharungi pelbagai onak dan duri dalam perjuangan dakwah, para pemuda diminta mengamalkan bacaan ayat - ayat suci Al Quran, Almathurat dan Suratul Mulk sebagai amalan harian.

'Pastikan pemuda menjadikan tiga amalan ini, bacaan ayat suci Al quran, al mathurat dan suratul Mulk sebagai amalan harian kita', pesan Timbalan Ketua DPPKK itu lagi.

Usrah bulanan ahli jawatankuasa pemuda MTD Kemasik tersebut diadakan di PASTI Al Abrar, Kerteh dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa Pemuda MTD Kemasik.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online