Sunday, November 28, 2010

DUN Kemasik & DUN Chukai Sasaran Simple Majority Tubuh Kerajaan PR Di Terengganu - YDP PAS Kemaman


Kerteh, 27hb. November - Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangkakan diadakan pada 2011 adalah waktu terbaik rakyat Terengganu melakukan perubahan menukar parti UMNO/BN sebagai kerajaan di Terengganu ini.

Berucap di Perlancaran Gerak Kerja Pilihanraya Umum Ke-13 Peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik di PASTI Al Abrar, Kerteh, Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman , Haji Ismail Harun (gambar kiri) yakin sasaran awal yang telah dikenalpasti akan menjadi kenyataan berdasarkan kepada gerak kerja organisasi yang kemas dan teratur di peringkat Majlis Tindakan DUN, Unit Peti Undi maupun cawangan.

'Saya yakin PAS di DUN Kemasik dan DUN Chukai mempunyai strategi dan kekuatan tersendiri untuk menumbangkan UMNO/BN dalam PRU Ke-13 nanti', ulasnya.

Beliau seterusnya berkata, 'kemenangan di dua DUN ini amat penting untuk Pakatan Rakyat (PR) mendapatkan 'simple majority' 17 kerusi bagi membentuk kerajaan', terangnya lagi.

Beliau yang juga Pengarah MTD Air Putih berharap petugas - petugas dapat menjalankan gerak kerja mulai sekarang kearah mencapai kemenangan yang disasarkan.

PAS MTD Kemasik mempunyai 10 buah Unit Peti Undi iaitu FELDA Kerteh 5, FELDA Kerteh 6, Batu Putih, Pengkalan Ranggon, Kuala Kerteh, Pekan Kerteh, Kg. Chabang, Semayor, Ayer Jernih dan Pekan Kemasik.

Al Fadhil YDP juga yakin angin perubahan mula melanda tetapi dalam keadaan senyap iaitu 'silence protest' ini yang akan memberi kelebihan kepada PAS berbanding UMNO/BN yang dilihat gagal melaksanakan janji pilihanraya lepas kepada rakyat terbanyak.

Perlancaran gerak kerja ini adalah yang julung kali diadakan diantara 32 buah DUN dalam Terengganu dan DUN Kemasik amat bertuah diberi penghormatan sebagai DUN pertama diadakannya.

'PAS Ganti UMNO...Selamat Tinggal UMNO/BN'

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online