Saturday, November 27, 2010

Sumbangan PRU Ke-13 PAS DUN Kemasik Diperlukan - Ustaz Alias Abdul Hamid


Kerteh, 27hb. November - Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi berdasarkan beberapa senario terkini yang berlaku di Malaysia.

Para pemerhati dan penganalisa politik menjangkakan PRU Ke-13 pada bulan April 2011. Jika ianya benar bermakna masa untuk membuat persediaan hanya lima bulan lagi.

Bertolak dari inilah PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik telah melancarkan jentera pilihanraya peringkat DUN Kemasik pada 24hb. november lepas yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.

Menurut Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid (gambar), pihaknya telah mula menggerakkan jentera pilihanraya samada di peringkat cawangan maupun Unit Peti Undi (UPU) bagi mencapai kemenangan dalam PRU nanti.

'Alhamdulillah, semua UPU - UPU dalam DUN Kemasik telah membuka dan mengoperasikan Bilik Gerakan (BG) masing - masing', ulasnya lagi.

'Susulan dari itu, Pihak MTD Kemasik memerlukan sumbangan kewangan bagi melengkapkan peralatan dan mengemaskini jentera pilihanraya, jadi saya menyeru sumbangan dari tuan/puan untuk merealisasikan matlamat mencapai kemenangan ini', terangnya lagi.

Ustaz Alias Abdul Hamid yang juga Timbalan Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman seterusnya berkata, 'kita baru sahaja selesai membayar tanah untuk dijadikan markaz induk DUN Kemasik, cuma tinggal sedikit lagi hutang yang belum dibereskan, jadi kita memerlukan sumbangan tuan/puan unttuk menyelesaikannya', ulasnya lagi.

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan dengan menghubungi 012 9557740 (Ustaz Alias Abdul Hamid), 013 921 5593 (Roslan Endut - Setiausaha DUN) atau 012 983 0816 (Harun Jusoh - Bendahari DUN).

'Jom Berubah, Anda Mampu Mengubahnya'

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online