Friday, November 12, 2010

Futsal 7-Sebelah Anjuran Pemuda PAS DUN Kemasik Pada Disember 2010


Kerteh, 11hb. November : Pemuda PAS DUN Kemasik dengan kerjasama GAPP akan menganjurkan Pertandingan Futsal (Tertutup) Pemuda PAS DUN Kemasik bermula Disember ini di Sports Planet, Mesra Mall, Kerteh.

Menurut Ketua Department of Arts, Cultures & Sports (DACS), Pemuda PAS DUN Kemasik, Syed Khairi Amier Syed Raduan, (gambar) ianya merupakan program tahunan Pemuda DUN.

'Kami menjangkakan sebanyak 16 buah pasukan mewakili setiap kampung yang berada di dalam DUN Kemasik ini akan menyertai pertandingan ini yang dijalankan dua kali setiap minggu selama dua bulan', terang Syed Khairi Amier lagi.

'Bagi memberi peluang kepada pemain untuk beraksi, setiap perlawanan akan diadakan pada waktu malam memandangkan pemain - pemain yang terlibat bekerja pada waktu siang', ujarnya lagi.

Syed Khairi Amier juga menegaskan pihak penganjur telah menetapkan semua pemain dan pengadil berpakaian menutup aurat dan ianya merupakan syarat utama sebelum perlawanan bermula.

'Kita akan memastikan setiap pemain mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan menutup aurat ini tidak susah mana dan telah kita kuatkuasakan dalam pertandingan yang lepas dan Alhamdulillah tiada masalah untuk pemain mematuhinya', ulasnya yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Gelugor, Kerteh.

Beliau meminta Pengurus Pasukan yang berminat bersedia apabila dihubungi oleh pihak Urusetia dalam tempoh yang terdekat ini bagi urusan pendaftaran pasukan.

'PAS Untuk Semua - PAS For All'

'Melonjak Tarbiyyah, Memimpin Kemenangan'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online