Friday, November 12, 2010

Pemuda PAS DUN Kemasik Hantar 70 Peserta Ke Ijtima' Tarbawi DPPKK 2010


Kerteh, 11hb. November : Pemuda PAS DUN Kemasik akan menghantar seramai 70 peserta terdiri dari pemuda ke Ijjtima' Tarbawi DPPKK 2010 pada 9hb. - 10hb. Disember di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah As Solihin (Masjid As Solihin), Taman Permai Jaya, Kemaman nanti.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah (gambar), seramai 25 orang adalah ajk Pemuda DUN manakala 45 orang lagi ajk dan ahli Unit Kerja Jemaah (UKJ) di cawangan.

'Semuanya seramai 70 orang adalah dari kalangan pemuda berumur 21-40 tahun bukannya remaja', ujar Timbalan Ketua lagi.

Mohd Tishaah meminta pemuda supaya menghubungi Ketua atau Setiausaha Pemuda Cawangan masing - masing untuk urusan pendaftaran peserta.

'Kami mendapati ramai pemuda mula menunjukkan minat untuk menjadi petugas pemuda PAS berdasarkan kepada respon semasa Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman yang diadakan di DUN Kemasik bulan lepas', ujarnya lagi.

'Melonjak Tarbiyyah, Memimpin Kemenangan'.

'PAS Untuk Semua - PAS For All'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online