Monday, November 1, 2010

Harga Minyak Oh ! Rakyat Dibuli Minyak Dinaikkan ! Oh 1Malaysia !


Kerteh, 2hb. November : Apa khabar rakyat 1Malaysia. Banyak dapat subsidi dari Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan baru ini? Apapun, tahniah dan terima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang begitu prihatin dengan kemewahan hidup rakyat. Malam tadi RON97 naik RM0.05 menjadi RM2.15 seliter.

Kenaikan harga minyak ini secara senyap -senyap tanpa sebarang spekulasi. Bangun pagi tengok - tengok Barang Naik dah. Apa nak buat, biarkan saja lah.

Kerajaan UMNO/BN bermati-matian mempertahankan tindakan menaikkan harga minyak dengan mengatakan harga minyak di Malaysia jauh lebih murah berbanding negara lain di rantau ini. Lebih murah dari Thailand, Singapura, Filipina dan Vietnam.

Rakyat di kampung termasuk ahli dan penyokong UMNO terlopong sambil mengiakan saja justifikasi dari kerajaan UMNO/BN itu. Sampai bila kita ditipu oleh UMNO/BN. Negara tersebut itu pengeluar minyak atau tidak. Malaysia negara pengeluar minyak atau tidak.

Statistik harga minyak di antara negara pengeluar minyak (tidak semestinya anggota OPEC) menunjukkan harga minyak mereka jauh nun disana lebih murah berbanding Malaysia.

Perbandingan harga iaitu Malaysia (RM2.15 seliter), Iran (RM0.29 seliter), Venezuala (RM0.16 seliter), Turkemenistan (RM0.39 seliter), Arab Saudi (RM0.19 seliter) dan Mesir (RM0.81 seliter).

Ternyata propaganda kerajaan UMNO/BN adalah palsu dan tidak benar. Kemana keuntungan Petronas dibelanjakan. Tiada satu jawapan yang kukuh dapat diberikan di parlimen kerana urusan minyak ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan tidak perlu dikhabar luaskan kepada rakyat 1Malaysia.

Apa kesan kenaikan harga minyak semalam?. Rakyat di Sanglang, Perlis, penduduk di Teluk Ramunia, Johor akan merasai kesannya. Pesta barang naik akan bermula walaupun berbuih mulut menteri di kaca tv memberi jaminan akan memastikan tiada kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak.

Itu semua lakonan dan sandiwara pemimpin UMNO/BN untuk menyedapkan hati rakyat. Tengok lah nanti barang - barang keperluan asas akan naik sedikit demi sedikit satu persatu.

Apa yang rakyat boleh lakukan untuk mengelak kenaikan terus barangan di pasaran?. Jawapannya mudah dan senang sahaja.

Pilihanraya Umum ke-13 nanti pastikan UMNO/BN tidak lagi menjadi kerajaan dan Pakatan Rakyat akan mentadbir Malaysia.

Jom Berubah ! Anda Mampu Mengubahnya !

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online