Monday, November 1, 2010

Pemuda PAS DUN Kemasik Hantar 70 Peserta Ke Ijtima Tarbawi DPPKK 2010

Kerteh, 1hb. November ; Pemuda PAS DUN Kemasik akan menghantar seramai 70 orang peserta ke Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) 2010 pada Disember nanti.

Menurut Setiausaha Pemuda DUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili, semua ahli jawatankuasa Unit Keahlian Jemaah (UKJ) pemuda di cawangan diwajibkan menghadiri ijtima' tersebut. Disasarkan 70 orang peserta dari UKJ pemuda cawangan-cawangan dapat hadir.

Tema Ijtima' yang julung kali diadakan di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman ini ialah 'Melonjak Tarbiyyah, Memimpin Kemenangan' .

Dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi di Surau As Solihin, Taman Permai Jaya, Jalan Air Putih, Kemaman.

Justeru itu, beliau menyeru para pemuda untuk memperuntukkan tarikh 9hb. & 10hb. Disember ini khas untuk ijtima' tarbawi dan mengelak sebarang aktiviti lain di cawangan.

Ahli jawatankuasa Unit Keahlian Jemaah (UKJ) di cawangan diminta menghubungi Ketua atau Setiausaha Pemuda di cawangan masing - masing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online