Sunday, November 7, 2010

Hari Ihtifal 2010 PASTI Al Abrar, Kerteh Dirasmikan Oleh Setiausaha DPPKK


Kerteh, 6hb. November : Sambutan Hari Ihtifal 2010 PASTI Al Abrar, Kerteh dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ustaz Ramlan Mahmud, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) semalam.

Kehadiran Alfadhil Setiausaha DPPKK menunjukkan komitmen Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri sebagai penyelaras pengurusan semua pasti yang berada di kawasan Kemaman ini.

Ihtifal PASTI Al Abrar 2010 ini disambut agak meriah sebagai merayakan ulangtahun penubuhan yang ke-20 (1990 - 2010).

(Gambar - Ustaz Ramlan Mahmud, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman).

Ustaz Ramlan menegaskan, 'PASTI sebagai wadah pendidikan pra sekolah yang ditawarkan PAS kepada masyarakat sekeliling mengikut acuan Islam dan ianya dikelolakan di peringkat Kawasan Kemaman oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri'.

'Komitmen PAS dalam pendidikan Islam amat jelas, selain PASTI, kita juga mempunyai sekolah rendah Islam (SRI) dan sekolah menengah Islam (SMI) serta kolej - universiti yang terletak di bawah pengurusan Dewan Ulama', tambahnya lagi.

Beliau juga menyeru para ibubapa/penjaga meneruskan proses pentarbiyyahan kepada anak - anak mereka di rumah sepanjang musim cuti persekolahan ini dengan mengamalkan budaya hidup dengan Al Quran.

'Jika ada program pentarbiyyahan yang dianjurkan oleh Skuad Waja, Nisa' mahupun Pemuda sendiri, saya minta ibubapa/penjaga dapat menghantar anak mereka menyertainya', ujar alfadhil Ustaz lagi.

Alfadhil Ustaz Ramlan mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) merakamkan setinggi penghargaan kepada ibubapa/penjaga pelajar yang terus memberi sokongan kepada institusi pra persekolahan untuk sessi 2010 ini.

'DPPKK ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar 6 tahun yang berjaya menamatkan pra - pendidikan di PASTI dan meneruskan kecemerlangan dan kejayaan di sekolah pilihan Tahun 1 nanti', ucapnya lagi.

'Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa pengurusan, para guru dan pembantu PASTI Al Abrar, Kerteh sempena dengan ulangtahun penubuhan ke-20 pada 2010 ini', ujarnya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online