Wednesday, November 3, 2010

Minyak Naik, Orang Kerteh & Kemasik Dapat Apa...Hari - Hari Hidu Toksik


Kerteh, 2hb. November : Harga minyak naik lagi 5 sen tanpa apa - apa spekulasi. Licik betul kerajaan UMNO/BN meredakan kemarahan rakyat. Waktu nak bagi bonus RM500 kepada kakitangan kerajaan berbulan - bulan diwarwarkan. Masa nak naik harga barang dan minyak disiarkan dalam berita pukul 12.00 tengah malam, berita pukul 8.00 malam jangan harap nak disiarkan.

Harga minyak tak pasal - pasal naik tanpa ribut badai melanda. Orang di Kerteh dan Kemasik pun tidak tahu menahu pasal kenaikan harga sebanyak 5 sen tersebut padahal minyak diproses di depan mata mereka.

Dulu sebelum tahun 2001 orang kampung dapat juga royalti 5 peratus setahun. Bila PAS menang di Terengganu tiba - tiba royalti bertukar menjadi wang ehsan kemudian menjadi dana persekutuan. Inilah dendam kesumat puak UMNO Terengganu terhadap rakyat dan PAS yang dipilih rakyat pada 1999.

Sekarang orang Kerteh dan Kemasik dapat apa. Tiap - tiap saat dan detik 7 hari seminggu 30 hari sebulan 356 hari setahun hidu sisa toksik dari loji minyak dan gas siang dan malam.

Minggu lepas pergi taklimat keselamatan dalam salah sebuah loji minyak dan gas di Kerteh. Nak tahu apa natijahnya jika salah satu loji minyak dan gas terbesar di Kerteh tersebut meletup. Kawasan sejauh 5 km radius dari loji tersebut akan jadi padang jarak padang terkukur. Kalau di Paka 5 km tu setakat Taman UDA. Kalau di Kerteh di Kampung Labohan. Semua hidupan dan tanaman musnah. Kawasan sejauh 35 km radius akan mengalami kematian sepertimana di Bhopal, India dulu.

Ingatlah wahai orang Kerteh dan Kemasik nilai nyawa kamu semua tidak seberapa jika dibandingkan dengan wang ehsan RM300 setahun.

Bila minyak naik harga, barang lain akan turut naik samada keesokannya atau beberapa hari lepas itu. Mana ada barang yang turun harga bila minyak naik harga. Cuma yang turun bila minyak naik harga ialah hujan sahaja. Benda lain semua naik termasuk tekanan darah kita.

Macamana caranya nak menghalang kerajaan menaikkan harga barang asas sewenang - wenangnya. Ada cara ke tak.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Janganlah pulak kita lupa tanggungjawap kita semasa mengundi untuk memilih kerajaan.

Gunakan kuasa anda sebagai pengundi untuk memilih kerajaan yang benar - benar menjaga kebajikan rakyatnya bukan menipu rakyatnya.

Jom jangan buang masa dan tenaga. 2011/2012 adalah masa untuk berubah dan anda mampu mengubahnya.

Pastikan UMNO/BN dinyahkan dari bumi Terengganu dan Putrajaya.

Berubah demi kesejahteraaan anak dan cucu kita...

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online