Tuesday, December 7, 2010

Oh Peneroka FELDA, Sudah Sampai Masanya Untuk...


FELDA mempunyai 112,636 peneroka di 317 tanah rancangan diseluruh negara. Pahang mempunyai jumlah peneroka teramai seramai 43,123 orang, Johor seramai 27,641 dan Negeri Sembilan seramai 16,429 orang.

Percayalah hakikatnya tiada yang percuma di FELDA. Harga pembangunan ladang, harga kawasan kampung dan pimjaman ditanggung peneroka FELDA dengan faedah 6.25% setahun.

Kos asal operasi kilang FELDA pun dibiayai melalui potongan dari peneroka malahan ladang yang tidak diisi oleh peneroka tapi dibangunkan oleh FELDA yang berjumlah ribuan hektar tersebut juga datang dari duit peneroka.

Amat menyedihkan bilamana hutang kepada Bank Dunia sebanyak RM4 Billion sudah langsai, tetapi kadar faedah 6.25% setahun tidak pernah turun dan surut dan ini sebenarnya riba yang jelas dan nyata yang menindas golongan peneroka semenjak 1956.

Tahukah anda terdapat 30 jenis potongan yang dikenakan dari slip pembayaran A (Ibu Pejabat FELDA) hingga ke peringkat potongan di Blok.

Tidak ada manusia di atas muka bumi ini yang menerima potongan berjadual seteruk peneroka FELDA hingga pernah terjadi lebihan (balance) pendapatan yang terdapat di slip pembayaran hanya berjumlah beberapa ringgit sahaja.

Perasaan tidak puas hati dan rasa tertindas semakin ketara dan membuak bilamana berbicara di kedai kopi tentang kaedah potongan dilakukan.

Techno Plant Sdn. Bhd., anak syarikat FELDA yang membuat kerja - kerja penyelenggaraan dilabel sebagai penghisap darah peneroka. Sifir kiraannya amat mudah. Jumlah pendapatan peneroka yang menyelenggara sendiri jauh lebih banyak dari peneroka yang menyerahkan kepada anak syarikat FELDA ini melakukannya.

Persoalannya, sampai bila para peneroka harus hidup dalam kesempitan dan ugutan pihak berkuasa.

Apakah para peneroka FELDA tidak layak mengharungi hidup sepertimana pekebun kaum Tionghua di Bentong, Pahang yang memiliki 5 ekar dusun durian. Apa yang membezakan pemilikan 10 ekar ladang kelapa sawit dengan 5 ekar dusun durian kerana umum mengetahui musim durian berbuah hanya sekali setahun sahaja.

Pembinaan Menara FELDA (gambar, atas) di Platinum Park oleh pemaju TTDI Development Sdn. Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA berharga RM640.77 Juta tersebut dari manakah datangnya duit sebanyak itu ?.

Apakah yang peneroka FELDA dapat secara langsung atau tidak langsung dengan Menara FELDA yang bakal menyaingi Menara Berkembar PETRONAS, Hotel Mandarin Oriental, Suria KLCC dan Taman KLCC.

Hentikanlah pembaziran ini dan kembalikan hak para peneroka sementara nyawa berada dalam badan sebelum diambil malaikat Izrail.

Ayuh para peneroka FELDA, lakukan perubahan untuk jaminan anak dan cucu kita yang tiada siapa yang boleh membelanya kecuali kita sendiri dengan mata pen di Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Ayuh warga FELDA semua...masa untuk berubah dan anda mampu mengubahnya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online