Sunday, December 19, 2010

70 Remaja Sertai Kem Solat Remaja 2010 Di Kerteh


Kerteh, 18hb. Disember - Seramai 70 remaja berumur 12 - 18 tahun telah menyertai Kem Solat Remaja 2010 yang diadakan pada 17hb - 18hb. Disember di Surau Taqwa, Kampung Gelugor, Kerteh.

Program selama 2 hari tersebut dianjurkan oleh Lujnah Pembangunan Remaja, Pemuda PAS DUN Kemasik dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK).

Sessi perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Zakaria Che Soh, Ketua Lujnah Pembangunan Remaja, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman pada sebelah paginya.

(Gambar, atas - Peserta - peserta muslimah Kem Solat Remaja 2010 bergambar kenangan bersama fasilitator di akhir program)

Program selama 2 hari tersebut dipenuhi dengan sessi kuliah dan tayangan LCD bagi memberi kefahaman kepada para remaja berkenaan ibadah solat.

Para peserta juga dilatih secara amali bagaimana melakukan solat yang sempurna dan diterima Allah swt.

Di akhir program, upacara penyampaian sijil penyertaan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah.

Beliau mengingatkan para peserta meletakkan amalan solat sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian kerana ianya merupakan tiang kepada agama.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online