Sunday, January 9, 2011

Seramai 200 Pemuda PAS DUN Kemasik Akan Berkonvoi Ke Dataran Tok Guru - Timbalan Ketua Pemuda DUN


Kerteh, 10hb. Januari - Seramai 200 peserta bermotosikal dari Pemuda PAS DUN Kemasik akan berkonvoi mengiringi YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dari perkarangan Masjid Beris Meraga menuju ke Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO pada 15hb. Januari nanti.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah (gambar, kiri), penyertaan masih lagi dibuka dan para pemuda yang berminat untuk menyertai konvoi bermotosikal tersebut boleh menghubungi Ketua/Setiausaha Pemuda PAS di cawangan masing - masing atau menghubungi terus beliau selaku Ketua Konvoi (019 9348062).

Konvoi anjuran Alternative Rading Club (ARC) tersebut akan turut disertai oleh sebuah Kelab Motor Berkuasa Tinggi (superbike) seramai 100 buah jentera akan bersama.

Sebagai meraikan sokongan orang muda, satu persembahan konsert oleh kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz beserta alunan Dikir Timur oleh Cikgu Suzili akan diadakan di tapak himpunan pada 14hb. Januari jam 8.30 malam.

Pada 15hb. Januari pula Ceramah Pentas Pemuda akan menampilkan Timbalan Ketua DPP Pusat, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani dan Ketua Pemuda DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad di tempat yang sama.

Semua pemuda yang berada di Kerteh/Kemasik dijemput hadir beramai - ramai sebagai mesej jelas sokongan anda semua pada Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO.

'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia !'

'PAS Ganti UMNO, PR Ganti Bee End'



0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online