Wednesday, January 5, 2011

Semua Rakyat Dijemput Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti UMNO' - Ustaz Alias Abdul Hamid


Kerteh, 6 hb. Januari - Semua rakyat dijemput hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO yang akan diadakan pada 15hb. Januari ini di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Menurut Timbalan Yang DiPertua (YDP) PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu tersebut akan dihadiri oleh YAB Dato' Mursyidul Am PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato Tuan Guru Pesuruhjaya PAS Terengganu pada sessi pagi.

'Ceramah Perdana pada sessi malamnya akan menampilkan kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat (PR) iaitu YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, YAB Tuan Lim Guan Eng dan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang', ulas Ustaz Alias lagi.

'Saya ingin menjemput seluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk hadir ke program tersebut terutamanya rakyat yang tertindas di bawah pemerintahan UMNO/BN yang sedang melancarkan pesta Barang Naik (BN) sekarang ini', sambungnya lagi yang juga merupakan Pengarah PAS DUN Kemasik.

Al fadhil Timbalan YDP PAS Kemaman seterusnya berkata, 'kita juga mengerahkan semua ahli dan penyokong PAS di 14 buah cawangan dalam DUN Kemasik ini menghantar seberapa ramai peserta ke program tersebut', katanya.

Beliau berharap masyarakat setempat khususnya yang berada di daerah Kemaman ini tidak melepaskan peluang untuk mendengar ucapan, amanat dan pidato khas dari pemimpin Pakatan Rakyat di program tersebut.

Pihak penganjur juga menyediakan jamuan rakyat pada tengahari bagi meraikan kebangkitan rakyat yang beriltizam menyahkan UMNO/BN dari Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU Ke-13 nanti.

'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia !'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online