Saturday, February 5, 2011

UPU Pekan Kerteh Bersama Kaum Tionghua Di Kg. Gelugor, Kerteh

Ustaz Alias Abdul Hamid (dua dari kiri), Haji Mohamad Ali, Haji Mohd Salleh (Mat Topo), Encik Lee Sang melawat dan mengagihkan sumbangan limau di salah sebuat rumah yang dilawati.
Ustaz Alias bersama Encik Lee Sang di salah sebuah rumah kaum Tionghua.
Salah sebuah rumah yang dikunjungi menyambut kedatangan rombongan PAS dengan senyuman penuh makna.
Ustaz Alias bersama Encik Lee Sang bergambar kenangan bersama penerima sumbangan.

Kerteh, 5hb. Februari - Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 3-4hb. Februari lepas, PAS Unit Peti Undi (UPU) Pekan Kerteh telah mengagihkan sumbangan buah limau kepada masyarakat Tionghua yang tinggal di Kampung Gelugor, Kerteh.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid menyampaikan sendiri sumbangan tersebut bersama rombongan UPU Pekan Kerteh.

Turut bersama ialah Setiausaha UPU Pekan Kerteh, Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Lujnah Hubungan Antara Kaum UPU, Raja Mohd Yusof dan Naib Ketua PAS Cawangan Kg. Gelugor, Haji Mohamad Haji Ali.

Program yang dikendalikan oleh Lujnah Hubungan Antara Kaum tersebut adalah julung kalinya diadakan dalam 3 dekad dan ianya merupakan satu permulaan yang baik dalam usaha merapatkan hubungan antara kaum masyarakat setempat.

Ustaz Alias yang merupakan Pengarah PAS DUN Kemasik melahirkan rasa positif penerimaan masyarakat Tionghua terhadap Pakatan Rakyat berdasarkan senario politik semasa.

'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia 1'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online