Saturday, February 5, 2011

YDP Kemaman Bersama Kaum Tionghua Di Air Jernih, Kemasik

Haji Ismail Harun bersama Ustaz Alias sedang menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan.
'Gong Xi Fa Chai'...ucap Haji Ismail Harun kepada salah seorang penerima sumbangan.
Sebahagian masyarakat Tionghua yang hadir di majlis sumbangan limau anjuran PAS Kawasan Kemaman.
Haji Ismail Harun sedang menyampaikan ucapan sempena dengan majlis meraikan masyarakat Tionghua.
Haji Ismai Harun (tengah) bersama Ustaz Alias Abdul Hamid dan Encik Lee Sang di pentas utama.


Kemasik, 5hb. Februari - Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun telah meraikan kedatangan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik.

PAS Kawasan Kemaman telah mengagihkan sumbangan berupa limau dan beras kepada 150 orang penerima bertempat di Pekan Air Jernih.

Turut hadir ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan YDP Kemaman merangkap Pengarah PAS DUN Kemasik.

Haji Ismail Harun melahirkan keyakinan terhadap sokongan kaum Tionghua pada PRU akan datang berdasarkan senario politik semasa dan keputusan PRK DUN Tenang.

'Di salah satu UPU dalam DUN Tenang dimana 99% pengundinya adalah kaum Tionghua, PAS telah memenangi UPU tersebut', ujarnya.

'Tidak ada sebab kaum Tionghua di Air Jernih ini tidak bersama kita dalam PRU akan datang', katanya lagi.

Beliau menyeru masyarakat Tionghua di Air Jernih untuk bersama dengan rakan mereka di Kuantan, Ipoh, Bandar Melaka, Seremban, Georgetown dan Kuala Lumpur memilih Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia !'

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online