Saturday, February 12, 2011

Usrah Outdoor Inter Pemuda DUN - DUN di U-Bowl, Mesra Mall Kerteh Anjuran DPPKK

Sebahagian dari pemuda bergambar kenangan di U-Bowl, Mesra Mall Kerteh selepas selesai pertandingan.
Ketua DPPKK, Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus sedang menyampaikan hadiah kepada Saudara Zahari yang muncul sebagai Juara.
Sebahagian pemain dari Pemuda PAS DUN Chukai menanti giliran untuk beraksi.

Kerteh, 13hb. Februari - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman mengorak langkah memperkemaskan pengisian tarbiyyah kepada para pemuda dengan mempelbagaikan uslub (kaedah) seperti mengadakan usrah berkonsepkan riadhah.

Menurut Setiausaha Lujnah Tarbiyyah & Perkaderan DPPKK, Ustaz Abu Aiman Azman, pendekatan ini akan menarik lebih ramai pemuda terutamanya yang mula berjinak dengan aktiviti usrah.

Pertandingan bowling tertutup di U-Bowl, Mesra Mall Kerteh berjaya mengumpulkan seramai 60 orang pemuda terdiri daripada ahli jawatankuasa DPPKK dan kesemua ajk Pemuda PAS di DUN Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih.

Turut hadir ialah Ketua DPPKK, Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus dan Suffian Ismail, Naib Ketua yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang katergori individu.

'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia !'

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online