Tuesday, May 31, 2011

Ustaz Alias Abdul Hamid Setiausaha baru PAS Kawasan Kemaman Sessi 2011/2013

(Mantan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman, Haji Salahuddin Othman (kiri) menyerahkan beberapa dokumen sebagai simbolik di majlis penyerahan tugas kepada Setiausaha PAS Kawasan yang baru, Ustaz Alias Abdul Hamid di Pejabat PAS Kawasan Kemaman)

Kemaman, 1hb. June : PAS Kawasan Kemaman mendapat Setiausaha yang baru bagi sessi 2011/2013 ini.

Mantan Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman sessi lepas, Ustaz Alias Abdul Hamid telah dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kemaman untuk sessi ini.

Majlis serah tugas antara mantan Setiausaha, Tuan Haji Salahuddin Othman kepada Ustaz Alias Abdul Hamid berlangsung di Pejabat PAS Kawasan Kemaman beberapa hari lepas.

Alfadhil Ustaz Alias juga merangkap Pengarah PAS MTD Kemasik mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja - kerja pentadbiran.

Beliau merupakan mantan Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan beberapa penggal sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK).

Alfadhil Ustaz Alias akan menamatkan pengajian peringkat Diplomanya dalam bidang Kewangan Islam & Pengajian Perniagaan (Islamic Finance & Business Studies) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik mengucapkan Selamat Majujaya kepada Alfadhil Ustaz Alias Abdul Hamid.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online