Monday, June 20, 2011

PAS DUN Kemasik akan dilawati PAS Kawasan Kemaman


Kerteh, 20hb. Jun : PAS DUN Kemasik akan menerima kunjungan Lawatan Kerja PAS Kawasan Kemaman pada 21hb. Jun ini.

Menurut Setiausaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut, lawatan kerja ini merupakan salah satu Pelan Tindakan Strategik (PTS) PAS Kawasan Kemaman dalam usaha menawan DUN Kemasik dari UMNO/BN pada PRU Ke-13 nanti.

'Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik telah mengeluarkan arahan kepada semua 10 buah UPU supaya bersiap sedia untuk menerima kunjungan PAS Kawasan Kemaman ini', terangnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, 'Lawatan Kerja ini akan bermula pada pukul 3.30 petang dengan aktiviti bacaan Surah Yasin oleh para muslimat di rumah - rumah terpilih dan berakhir dengan ceramah kelompok di UPU - UPU pada pukul 11.00 malam.

Lawatan Kerja ini akan menjadi pemangkin kepada PAS DUN Kemasik untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online