Saturday, September 26, 2009

PAS Kawasan Kemaman Bersiap Sedia Ke Bagan Pinang




Pilihanraya kecil N31 DUN Bagan Pinang telah mula terasa bahangnya. Hari ini (2.9.2009) kontinjen Pas Kawasan Kemaman seramai 17 orang yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) Tuan Haji Ismail Harun, Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan YDP, Amri Mamat (Ketua Penerangan), Tuan Hj Hanafiah Mat (AJK PAS Kawasan) dan beberapa orang muslimin dan muslimat telah mula bergerak ke Negeri Sembilan dengan membawa misi membantu kemenangan untuk Islam.

Pas Kawasan Kemaman telah ditugaskan untuk membantu Unit Peti Undi (UPU) Telok Kemang.

Kontinjen pertama ini akan membuat persediaan awal sebelum tiba hari penamaan calon pada 3hb. Oktober nanti. Kontinjen berikutnya akan menyusul peringkat demi peringkat sehingga hari mengundi.

Bagi pihak Pas Kawasan Kemaman amat mengalu-alukan apa jua bentuk sumbangan yang memungkinkan kemenangan Islam di bumi Bagan Pinang. Sehubungan dengan itu juga pada 2hb. Oktober 2009, selepas solat Jumaat, Pas Kawasan Kemaman akan melancarkan Tabung Dana PRK N31 bertempat di Masjid Pasir Minal, Kemaman.

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menyumbang tenaga dan masa, tuan puan masih boleh mengambil bahagian dalam jihad ini dengan menyumbang wang ringgit tuan puan. Rebutlah peluang ini untuk menukarkan harta dunia tuan puan kepada saham akhirat, moga-moga barakah akan menyusuri hidup tuan-tuan, insyaallah.

Kepada pejuang-pejuang Islam, selamat berjuang....berjuanglah dengan penuh semangat dan penuh IKHLAS….

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online