Saturday, September 26, 2009

PAS Kemaman Edar Bubur Lambuk Percuma






Pada petang tadi (18.9.2009), selepas solat asar, PAS Kawasan Kemaman bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) telah mengadakan satu program ringkas tetapi penuh makna dimana sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagih dan di bahagi-bahagikan kepada pengunjung pasar Ramadhan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

Program ini walaupun dirancang secara spontan atau ‘ad hoc’ oleh Lujnah JKS, ia dianggap berjaya kerana sambutannya cukup baik dimana sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk dapat diagihkan kurang satu jam sahaja.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Tuan Haji Ismail Harun, Setiausaha Pas Kemaman , Hj Salahuddin, Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Zulkifli Mat Yakim, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kemaman, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus, Ustaz Long Kamaruddin Long Hassan dan beberapa AJK DPPKK.

Memandangkan sambutan yang baik, PAS Kawasan Kemaman dan DPPKK akan menjadikan program ini program tetap tahunan yang mana akan diadakan secara lebih tersusun pada masa akan datang.

Dikirim pada Friday, 18 September 2009 @ 21:43:02 MYT oleh pemuda

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online