Haji Mohd Effendi Mohd Noor, Pengerusi CSR sedang memberi ucapan ringkas sebelum gotong royong bermula.
Tuan rumah, Din Tora (empat dari kiri) bersama pasukan Unit Amal bergambar di hadapan rumah sebelum gotong royong.
Sebahagian anggota Bomba & Penyelamat Kerteh turut bersama gotong royong membersih longkang Surau Taqwa.
Peserta sedang mengangkat atap asbestos baru di rumah seorang ibu tunggal yang terlibat dalam program CSR.
Permandangan dari depan rumah ibu tunggal yang sedang diperbaiki dengan menukar atap lama yang telah bocor.
KERTEH, 20hb. Februari : Kampung Gelugor, Kerteh telah terpilih sebagai lokasi Community Service Responsibility (CSR) sebuah badan korporat sebagai aktiviti tahunannya.
Menurut Pengerusi CSR, Mohd Effendi Mohd Noor objektif utama program kemasyarakatan ini diadakan untuk merapatkan tali persaudaraan kakitangan syarikat dengan penduduk kampung.
'Program ini secara langsung mewujudkan komunikasi dua hala dan kami mensasarkan beberapa rumah penduduk yang miskin untuk diperbaiki secara gotong royong antara kakitangan syarikat dan penduduk kampung', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil penduduk.
Pengurus Program, Haji Fasya Jaafar menerangkan gerak kerja gotong royong ini dipecahkan kepada tiga lokasi iaitu di Surat Taqwa serta dua buah rumah penduduk yang akan diperbaiki.
Haji Mohd Haji Ali, Pengerusi Surau Taqwa dalam ucapan aluannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat terbabit atas keprihatinan dan kecaknaan yang ditunjukkan.
'Insyaallah kalau boleh program seperti ini dapat diteruskan pada tahun depan', katanya mewakili sebahagian penduduk di Kampung Gelugor, dekat sini.
Program CSR ini julung kalinya diadakan di Kampung Gelugor ini melibatkan hampir 50 kakitangan syarikat serta kaum keluarga, ahli jawatankuasa serta qari/qariah Surau Taqwa, Unit Amal DUN Kemasik serta penduduk- penduduk setempat.
0 Comments:
Post a Comment