Saturday, August 15, 2009

Isu ponteng sekolah dan jenayah pelajar cuba tutup wabak H1N1 : hapraknya UMNO





Kerajaan UMNO/BN yang wujud hari ini nampak tidak berupaya menangani masalah H1N1 dengan berkesan. Banyak IPTA/IPTA, kolej, sekolah menengah dan rendah maupun PLKN telah ditutup. Tiba - tiba keluar berita mengaitkan masalah ponteng dan jenayah pelajar di sekolah. Apa kaitannya masalah H1N1 dengan ponteng dan jenayah pelajar? Wabak H1N1 ini baru melanda negara dan telah mula membunuh rakyat saban hari. Ramai pelajar sekolah telah menjadi mangsanya.
Akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN mengawal H1N1, maka dicetuskan isu ponteng dan jenayah pelajar di sekolah. Inilah celakanya kerajaan UMNO/BN yang cuba menipu rakyat dan mengalihkan perhatian dan masalah H1N1 kepada isu lain. Inilah bala dan malapetaka kerajaan UMNO/BN yang menang dalam PRU ke 12 lepas dengan penuh penipuan dan korupsi cuba suapkan kepada rakyat.
Apa untungnya isu ponteng dan jenayah pelajar dengan H1N1? Rakyat sudah tahu statistik ponteng dan jenayah pelajar semakin meningkat saban tahun. Pembulian pelajar sudah tidak dapat dikawal hatta pembunuhan pelajar sesama pelajar berlaku dengan drastiknya terutama di zaman Hishamuddin Hussin menjadi Menteri Pelajaran. Pelajar perempuan yang mengandung usah dihiraukan lagi peningkatan statistiknya.
Isunya di sini ialah apakah langkah kawalan dan pencegahan Kementerian Pendidikan kepada beratus ribu pelajar di IPTA/IPTA dan sekolah. Tidakkah ada idea untuk memberi penapis muka kepada pelajar menggunakan peruntukkan kontigensi dari Kementerian Pendidikan. Mengapa dikeluarkan kenyataan meminta PIBG bekerjasama menangani masalah H1N1 ini. Adakah kementerian mahu PIBG menggunakan peruntukkkan untuk membeli topeng penapis ini? Bagaimana kalau kewangan PIBG amat lemah dan berkurang dan pelajar tidak mendapat bekalan topeng penapis tersebut?
Kenapa tiada satu usaha bersepadu dan intergrasi antara Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Pendidikan dalam menghadapi wabak membunuh ini? Kemana perginya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin adakah sibuk berkempen di Permatang Pasir?
Isu yang kritikal sekarang ialah wabak H1N1 bukannya masalah ponteng dan jenayah di sekolah.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online