PAS Kawasan Kemaman dengan kerjasama Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan telah menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadhan, Iftar Ramadhan, Solat Hajat H1N1 & UPSR & PMR serta Ceramah Umum di Dataran PASTI Mak Chili semalam.
YB Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu telah sudi meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada para pengajar yang terdiri dari guru Pusat Pengajian Taman Islam Bakau Tinggi, Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa (SRIDT), semua pondok dan madrasah, guru serta pembantu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Tuan Haji Ismail Harun, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kemaman dalam ucapan aluannya berkata sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan pada tahun ini untuk diagihkan kepada para fakir miskin, ibu tunggal, OKU dan golongan yang berjihad fisabillillah dan jumlah ini lebih tinggi berbanding tahun lepas. Ianya merangkumi seramai 1,800 orang di seluruh Kemaman. Permulaannya seramai 167 orang para pengajar dan guru diraikan dalam satu majlis penyerahan sumbangan dan berbuka puasa.
Tuan Haji YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan, penyumbang, syarikat, pembekal, NGO serta orang perseorangan yang saban tahun tidak pernah jemu memberi sokongan dan bantuan.
Turut hadir di majlis penyampaian sumbangan ialah para pimpinan PAS Kawasan terdiri daripada Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP), Ustaz Hj. Hazri Jusoh (Naib YDP), Tuan Hj. Ahmad Salehuddin Othman (Setiausaha), Haji Johan Ismail (Bendahari), Ustaz Haji Ali Mohamad (Ketua Dewan Ulama), Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus (Ketua Pemuda) & Haji Zulkifli Mat Yakim (Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan).
Thursday, August 27, 2009
PAS Kawasan Kemaman Menyumbang RM200,000 Kepada Para Fakir & Miskin, Pengajar & Guru
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 9:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment