Monday, October 26, 2009

HIMPIT 10K ; 2 Pemuda DUN Kemasik Wakil Kemaman




KERTEH : Dua orang pemuda PAS DUN Kemasik akan menjadi wakil Pemuda Kemaman dalam pertandingan berpidato dan nasyid berkaroake sempena HIMPIT 10K di Dataran Tuan Guru, Geliga, nanti.

Bagi kategori Berpidato, Ustaz Sabri Shampuddin, Ketua Lujnah Tarbiyyah Pemuda DUN Kemasik telah dipilih sebagai wakil Pemuda Kemaman.

Saudara Yusri Mohd Hassan, penyanyi Kumpulan 'The Green' akan menyertai pertandingan Nasyid Berkaroake.

Kumpulan 'The Green' terkenal dengan konsep lagu ketuhanan dibawah bimbingan bekas komposer terkenal Iklim, Saudara Wan Zul.

Penyanyi utama, Yusri Mohd Hassan mempunyai suara yang lunak serta nyaring. Beliau sering diundang sebagai artis undangan dalam program kesenian Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online