Tuesday, October 27, 2009

HIMPIT 10K ; Pendaftaran Peserta Pemuda DUN Kemasik Capai 80%




KERTEH : Tinggal dua hari lagi menjelang HIMPIT 10K akan membuka tirainya. Persiapan pendaftaran peserta Pemuda DUN Kemasik telah mencapai 80% setakat ini.

"Kami menjangkakan sasaran 250 orang peserta dapat dicapai dengan baki dua hari lagi sebelum pelancaran", kata Mohd Tishaah Hamzah, Timbalan Ketua Pemuda DUN Kemasik.

"Alhamdulilah, gerak gempur yang dibuat di cawangan menampakkan hasilnya. Setakat ini lebih 180 orang pemuda telah mendaftarkan diri untuk menyertai HIMPIT 10K ini', jelasnya lagi.

Tema HIMPIT 10K iaitu 'Orang Muda Geng Kita' ternyata memberi kesan psikologi kepada para pemuda di sekitar kampung.

Mereka agak tertarik dengan slogan tersebut dan mendapati pengisian aktiviti amat menarik dan mencabar.

Insyaalah, kepada pemuda di sekitar Mukim Kerteh dan Mukim Kemasik, gunakan peluang keemasan ini untuk bersama para pemuda lain dari seluruh negeri Terengganu berkongsi pengalaman menyertai HIMPIT 10K.

HIMPIT 10K merupakan himpunan terbesar para pemuda Islam dari seluruh negeri Terengganu.

Ianya program tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan antara objektifnya ialah mengumpul seberapa ramai para pemuda Islam yang akan menjadi para pekerja, petugas dan aktivis parti samada peringkat cawangan, DUN, kawasan maupun negeri.

Disamping bersukan dan beriadah, pemuda juga akan menziarahi rumah golongan yang kurang berkemampuan, bergotong royong membersih kawasan dan mengedar risalah ilmu di tempat awam.

Aktiviti ini akan menanamkan sifat kemasyarakatan pemuda disamping melatih para pemuda merasai kesusahan dan kepayahan hidup mereka yang kurang berkemampuan.

HIMPIT terakhir di Kemaman adalah pada 2001 di Taman Wan Adnan, DUN Kemasik. Ianya muncul kembali 2009 setelah lapan tahun dibuat di kawasan lain.

Ayuh para pemuda, tiada siapa dapat memastikan lapan tahun akan datang HIMPIT akan dibuat lagi di Kemaman.

Selamat BerHIMPIT 10K. 'Orang Muda Geng Kita'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online