KERTEH : Sasaran Pemuda PAS DUN Kemasik untuk menghantar seramai 250 orang peserta ke HIMPIT 10K semakin hampir menjadi realiti.
(3 gambar atas - Pemuda PAS DUN Kemasik berkonvoi ke PRK Kuala Terengganu)
Gerak Gempur Pemuda DUN ke Pemuda Cawangan telah dijalankan di kesemua 12 buah Cawangan Pemuda secara serentak semalam.
(3 gambar bawah - para qari Surau Kg. Ferry, Kemasik sedang khusuk mendengar Kuliah Maghrib sempena gerak gempur HIMPIT 10K pada 26hb. Oktober 09).
"Kami yakin dan percaya sasaran awal kami akan menjadi kenyataan berdasarkan respon dan feedback dari Ketua - Ketua Pemuda Cawangan setakat ini", kata Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah.
Semalam, dua sessi perjumpaan dengan Ketua dan AJK Pemuda Cawangan telah diadakan secara serentak merangkumi dua mukim iaitu Mukim Kerteh dan Mukim Kemasik.
Sessi perjumpaan untuk Mukim Kemasik diadakan di Surau Ferry, Kemasik manakala Mukim Kerteh di Markaz PAS Kg. Batu Putih, Kerteh.
Serentak dengan itu diedarkan tshirt HIMPIT 10K kepada semua pemuda yang akan menjadi peserta berjumlah 250 helai.
Bagi melicinkan perjalanan ke tapak HIMPIT 10K, Pemuda PAS DUN Kemasik akan menganjurkan konvoi bermotosikal.
Pemuda PAS DUN Kemasik juga meminta para peserta membawa khemah masing - masing untuk bermalam di tapak program.
"Pihak Urusetia Program hanya menyediakan sebuah kanopi bersaiz 20' x 20' untuk kontingen Kemaman, jadi saya menyeru para peserta membawa sendiri peralatan perkhemahan untuk bermalam", jelas Mohd Tishaah Hamzah.
"Pemuda yang ingin menyertai konvoi bermotosikal diminta berkumpul di perkarangan Surau Bukit, Kemasik (bersebelahan persimpangan lampu isyarat) pada 30hb. Oktober 2009 (Jumaat) jam 8.00 pagi", ujar Mohd Tishaah Hamzah.
Sebarang pertanyaan berkenaan HIMPIT 10K boleh didapati dengan menghubungi 0199348062 (Mohd Tishaah Hamzah) atau 0199815788 (Saiful Azmi Suhaili).
Monday, October 26, 2009
HIMPIT 10K ; Konvoi Bermotosikal DUN Kemasik - Geliga Pada Pagi Jumaat
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 6:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment