Tuesday, October 27, 2009

HIMPIT 10K ; Mesyuarat AJK Terakhir Lancar

















KEMAMAN : Tinggal sehari sahaja menjelang berlangsungnya HIMPIT 10K di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah Perdana pada 29hb. Oktober 2009 di tapak program akan menampilkan Hj. Mohd Sabu (AJK PAS Pusat), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua DPP Pusat) dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua DPPNT) menandakan bermulanya HIMPIT 10K di Kemaman.

Semalam, satu mesyuarat AJK HIMPIT 10K berlangsung di Pejabat PAS Kawasan Kemaman.

Pengarah Program, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus berpuas hati dengan laporan kemajuan kerja yang dibentangkan oleh Ketua/Wakil Unit berkaitan.

"Laporan kemajuan kerja terkini ini menunjukkan kita berada dalam keadaan bersedia dan hanya menunggu detik dan ketika sahaja", ujar Dr Megat.

Seterusnya beliau mengingatkan, "semua Ketua Unit perlu berada dalam keadaan siap dan sedia dengan segala kemungkinan seperti keadaan cuaca semasa", jelasnya lagi.

Mengenai kedatangan para peserta, beliau memberitahu, "makluman dari Ketua Kontingen DPP Kawasan, semua peserta HIMPIT 10K akan mula bergerak ke Kemaman pada hari Khamis malam Jumaat, hanya peserta dari DPP Kawasan Dungun dan Kemaman sahaja yang akan berkonvoi pada pagi Jumaat", jelasnya lagi.

Dr Megat juga mengingatkan para peserta yang akan berkonvoi samada berkereta atau bermotosikal supaya mengutamakan keselamatan ketika berada di jalanraya.

Selamat Datang Ke Kemaman, Selamat Datang Ke HIMPIT 10K - 'Orang Muda Geng Kita'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online