Wednesday, November 11, 2009

PASTI ; Menawarkan Pendidikan Berteraskan Islam Kepada Anak - Anak

KERTEH : Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam (PASTI) adalah salah satu aktiviti Parti Islam Semalaysia (PAS) yang termaktub dalam Perlembagaan PAS yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Akta ini membenarkan PAS menjalankan aktiviti pendidikan pra persekolahan tanpa gangguan dari mana - mana pihak.

Sempena dengan Ihtifal PASTI yang diadakan di kesemua PASTI bagi meraikan kejayaan pelajar yang berjaya menamatkan pendidikan pra persekolahan di PASTI, wakil blogger Pemuda DUN Kemasik telah meninjau beberapa buah PASTI yang berada di dalam DUN Kemasik.

Persiapan di setiap PASTI Qaryah sedang giat berjalan bagi majlis yang amat bersejarah terutamanya kepada pelajar enam tahun yang akan meninggalkan alam pendidikan pra persekolahan.

PASTI As Syakirrin, Kg. Batu Putih tetap berdiri megah dan teguh manakala sebahagian bumbung Masjid Batu Putih yang berada 100 meter darinya telah runtuh dan ranap menyembah bumi.

Warna hijau amat serasi dengan PASTI As Syakirrin, Batu Putih.

.PASTI Al Munawwarah, Kg. Pengkalan Ranggon berkongsi premis dengan Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Al Munawwarah.

Bilangan ibubapa/penjaga yang menghantar anak mereka semakin bertambah setiap tahun.

PASTI Hidayah, Kemasik berdiri teguh di tepi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Pekan Kemasik.

Pengerusi PASTI Hidayah, Mahadi Mahmud selalu memeriksa keadaan fizikal Bangunan PASTI bagi memastikan keselamatan pelajar.

PASTI Ammar, Kg. Chabang terletak di bawah teduhan pokok buah - buahan menyejukkan mata memandang.

Saiz bangunan yang besar membuatkan pelajar selesa dan gembira dengan persekitaran.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online