Sunday, December 19, 2010

Ustaz Alias Abdul Hamid Raikan Pelajar Cemerlang UPSR & Anak Yatim Di UPU Pekan Kerteh


Kerteh, 18hb. Disember - Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor melalui lujnah kebajikan telah meraikan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR 2010 dan anak - anak yatim yang tinggal di sekitar Unit Peti Undi (UPU) Pekan Kerteh dalam satu majlis ringkas di Surau Taqwa, Kerteh.

Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada18 orang pelajar.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman dalam ucapan ringkasnya mengingatkan anak - anak yatim mendoakan keampunan Allah swt kepada ibu atau bapa yang meninggalkan kita.

(Gambar, kanan - Ustaz Alias Abdul Hamid (tengah), Pengarah PAS DUN Kemasik bergambar bersama para penerima sumbangan di Surau Taqwa, Kerteh).

'Doa dari anak - anak yang soleh inilah yang diharapkan oleh para ibu atau bapa kita yang berada di alam kubur', nasihatnya lagi.

Seramai 3 orang pelajar yang tinggal di Kampung Gelugor, Kampung Telaga Papan dan Kampung Tengah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor, Kerteh telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Disamping itu seramai 15 orang anak yatim menerima sumbangan unifom sekolah dan peralatan persekolahan.

Menurut Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor, Syed Khairi Amier Syed Raduan, program kebajikan ini adalah hasil sumbangan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan dan beberapa individu dan dermawan.

Turut hadir dalam program tahunan Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah dan Naib Ketua PAS Cawangan Kg. Gelugor, Haji Mohd Haji Ali.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online