Saturday, December 25, 2010

Ibu Timbalan Pengarah PAS DUN Kemasik Kembali Ke Rahmatullah


Kg. Chabang, Kerteh, 25hb. Disember - Ibu kepada Timbalan Pengarah PAS DUN Kemasik, Midah Abdullah, 68 tahun, telah kembali ke rahmatullah setelah diserang penyakit stroke di Hospital Kuala Terengganu (HKT) malam semalam.

Menurut anaknya, Amri Mamat (gambar, kanan) yang merupakan Timbalan Pengarah PAS DUN Kemasik, ibunya berada dalam keadaan koma pada hari sebelumnya dan menghembus nafasnya yang terakhir pada malam semalam.

Beberapa pimpinan PAS telah hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarmah di Kampung Chabang antaranya Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, Timbalan Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmud.

Jenazah allahyarmah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Jalan Kampung Chabang - Kerteh jam 3.30 petang ini.

Seluruh warga PAS DUN Kemasik merakamkan ucapan setinggi takziah kepada keluarga allahyarmah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan para solehah...Alfatihah.


0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online